
- “Janganlah seorang laki-laki berduaan dengan seorang perempuan (bukan muhrim), karena (pihak) yang ketiga adalah setan,” bisik hati Marham (tokoh laki-laki novel ini) mengingat hadits Rasulullah Saw. yang diriwayatkan Abu Dawud sambil menundukkan kepala di hadapan Rona (tokoh wanita).
- Hati kecil Rona tidak dapat menafikan Marham, seorang takmir masjid dan ointar dalam bidang tasawuf itu berjaya mencuri hatinya. Marham pun sesungguhnya mencintai Rona, namun baginya cinta suci tidak boleh dicemari, apalagi dinodai beragam bentuk sentuhan fizikal dengan alasan apa pun
- Benar sahaja, sudah ramai menulis tentang cinta seharusnya suci. Namun pada saat cinta itu mendatangi hati, dosa mampu sahaja tercipta tidak disedari. Inilah permulaan kisah ini, Rona seorang gadis yang mencintai Marham, seorang takmir masjid. Tidak ada dugaan unuk cinta Rona kerana Tuhan memberikan Marham hati yang juga menyimpan cinta.
- Pada saat yang indah itu, dugaan cinta suci itu bermula. Cinta suci yang tisak seharusnya wujud sekali dengan dosa. Mamoukah Rona dan Marham menjadikan cinta mereka jauh daripada dosa, dan kuatkah mereka mencipta diri mereka menjadi tasawuf cinta. -Baharuddin Bekri.
~Pengantar Penulis~
Menurut Falsafah Yunani, ada 2 komponen dalam tubuh manusia yang berkait erat: benda dan bukan benda. Komponen benda merupakan daging, darah, tulang, tangan, mata dan sebagainya yang dapat ditangkap oleh pancaindera.
Bukan benda adalah suatu yang tidak dapat dilihat, disentuh, dicium dan dirasai oleh pancaindera. Contohnya rasa cinta ,kasih sayang, benci,cemburu dan sebagainya yang hanya dapat dirasaioleh organ tubuhyang bernama hati.
Kedua2 perkara itu ada persamaan. Ertinya , kedua2nya diperlukan demi kelangsungan hidupnya.
Jika perut merasa lapar ia memerlukan benda bagi menghilangkan rasa lapar itu. Jika tekak yang haus, maka ia memerlukan air bagi menghilangkan dahaga. Tetapi jika ada hati yang kehausan cinta adakah ia memerluka sesuatu? Ya. Ia juga memerlukan sesuatu bagi mengubati kegalauan yang dirasai dengan kehadiran seseorang yang dicintainya.
Namun cinta adalah suatu yang unik. Daripada segala ciptaan Tuhan, boleh dikatakan tidak ada sebenar cinta. Ia penuh misteri. Hingga tidak tidak hairan jika pencari cinta sanggup berkorban apa sahaja yang dimilikinya untuk meraih anugerah Tuhan yang hebat ini.
Semakin dicari, ia semakin menyepi. Semakin dirasai, membawa rasa penasaran. Namun, jika dihindari, ia membunuh hati. Sehingga tidak hairan, banyak yang terluka kerananya; juga banyak yang bahagia kerananya. Namun ada juga yang menjadi hina, gara-gara tidak mampu mengendalikannya.
Itulah keunikan cinta. Jika sedang ada dalam pusarannya seseorang pasti terhuyung-hayang dalam ouncak kebingungan. Kecuali dia mempunyai tambatan yang kukuh, yang berupa rasa cinta yang lebih tinggi, yajni cinta kepada Sang Pencipta, dibandingkan cinta terhadap sesama makhluk.
rasa cinta lebih tinggi ini lah sering diajar oleh penyair sufi wanita yang ternama. Rabi'ah al-Adawiyah, dalam syairnya yang berbunyi:
Uhibbuka , hubbaini hubbal hawa:
wahubban liannaka ahlun lidzaka
Hanifah ammal ladzi hua hubbul hawa:
hanifah sughi bidzikrika 'amman siwaka
Hanifah ammal ladzi anta ahlun lahu:
fakasfuka li al-hijaba hatta araaka
[Tuhanku,
aku mencintaii-Mu kerana dua cinta,
1.cinta yang timbul dari rasa rindu kepada-Mu
2. kerana egkau yang berhak dicintai (bukan yang lain)
Rasa rindu kepada-Mu menenggelamkan aku untuk selalu mengingat-Mu,
melupakan yang lain selain Engkau
Sedangkan cinta yang tumbuh daripada anugerah-Mu,
menguakkan tabir sehingga aku mampu melihat 'wajah'-Mu]
Daripada syair di atas kita mendapat suatu pengajaran. Mencintai Allah mengatasi segala-galanya dan adalah cinta yang seagung-agungnya. Sedangkan rasa cinta terhadap makhluk-Nya, seharusnya diletakkan di belakang.
Cinta kepada Allah membawa kita kepada kedamaian, ketenangan dan kebahagian yang abadi. Sedangkan cinta kepada sesama insan kadang membawa kepada kebingungan,ke tidaktenangan dan bahkan jadang-kadang membuat derajat manusia semakin rendah. Dan seandainya membawa kebahagian, ia hanya bersifar sementara, bukan abadi. Tambahan pula, kita semua sudah maklum, mencintai tidak semestinya memiliki.
Alhasil, kita pelu berhati-hati dalam memaknai mcinta kepada sesama insan. Jangan sampai cinta yan g tulus dinodai 'permainan nafsu'. pernuatan zina, perbuatan menggurkan anak dalam kandungan dan pelbagai penyimpangan.
Akhirnya, semoga novel ini dapat memberi peringatan yang mampu diamalkan, sebagai panduan kita dalam meniti hidup yang hanya bersifat sementara ini. Amin.
Salam
M.Himi As'ad.
em xkesahla korg nk kate pe. mat jiwang. mat bunga. mat novel... tp ak mmg bosan gler n act i make this post 4 sum1....(",) gedik lak ak ni...haha... lantak r... blog aku...
No comments:
Post a Comment