Iklan

assalamualaikum... buat para tetamu ya... mungkin ada ada yg ingin mengiklankan blog masing2 atau ad yang ingin saya bantu akan busnessnya... jadi saya sediakan ruangan ini untuk kalian bisa memanfaatkannya.. jadi untuk sebarang pengiklanan boleh diajukan di emel ini han_nafi1992@yahoo.com .
iluvislam
Portal BALADI

Followers

assalamualaikum... salam sejahtera... salam satu malaysia...

hari ni aku ingin kongsi video ceramah ustaz samsuri... hakikatnya aku tak kenal pun ustaz ni dan tak pernah jumpa... cuma dalam youtube ini...

( rahmat Allah...)
merujuk tajuk diatas aku ingin berkongsi dengan kalian sebuah kisah yang pernah aku dengar tentang seorang abid yang hidup beratus-beratus tahun dan kehidupannnya dipenuhi dengan amal ibadah....

tatkala Allah ingin memasukkannya ke dalam syurgaNYA... " wahai hambaku masuklah engkau ke dalam syurgaKU dengan rahmatKU..."

lalu abid itu berkata "ya Allah aku tak nak masuk ke syurgaMu dengan rahmatMu namun aku ingin masuk ke syurgaMU dengan pahala amal ibadah ku...
lalu Allah menjawab : jika engkau ingin masuk ke syurga dengan pahalamu maka pergilah engkau ke dalam nerakaKU namun jika engkau ingin memiliki syurgaKU masuklah dengan rahmatKU...

(lepas itu ada 2 pendapat...)
pendapat pertama : hamba itu akur dan masuk ke syurga dengan rahmat ALLAH...

pendapat kedua : Allah terus mencampakkannya ke dalam neraka...
wallahualam...

Jadi aku syorkan pada kalian luangkan masa untuk setengah ke satu jam untuk mendengar ceramah-ceramah di bawah... mungkin ada ilmu yang korang boleh perolehi dan berkongsi... yang baik dari Allah dan yang kurang baik adalah kelemahan aku dan hamba-hambaNYA yang bersifat tidak sempurna...
wallahualam







wabillahi taufik wahidayah... assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
PENGEDITAN MENGARUT

PERCUBAAN PERTAMA

nama model : zahid ali...


klu sebut photoshop mmg ak xtau gne... ni cme pkai portrait profession 9 n photoscape... harap satu ari ada org akan mengajar ak menggunakan photoshop... lol

jap ni termasuk dalam mengubah ciptaan tuhan ke??? klu salah tolong tegur....

btw terima kasih zahid ali kerana sudi menjadi eksperimen ak walaupun pelbagai cemohan pd gambar ini... semoga nda bahagia dunia akhirat... May Allah bless you... :)


Rezeki itu dari siapa???

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... selawat dan salam atas nabi junjungan kita nabi muhammad sallallahualaihiwasalam...

sblom memulakan bacaan ini marilah sama2 kte membaca alfatiha untuk rasullullah sallahualaihiwasalam, ibu bapa kita, diri kita, keluarga kita dan saudara2 kita mslimin n muslimat samada yg msh hidup n yg telah meninggal dunia.... al fatihah....

berdasarkan tajuk entri ini "rezeki itu dari siapa"??? apakah jawapan yang akan anda kemukan....? semestinya sebagai seorang islam yang mempercayai kewujudan TUHAN maka anda akan menjawab Allah... rezeki itu datang daripada Allah... tetapi pernahkah kte terfikir ttg keberkatan rezeki itu??? adakah Allah memberkati rezeki yg kte perolehi... adakah Allah meredhoi dgn apa yg kita kerjakan.... secara zahirnya kte nmpk rezeki yg kte cari adalah halal... kte mencarinya dgn titik peluh tanpa membabitkan sebarang pengharaman seperti rasuah, judi dan sebagainya... tetapi adakah ia benar2 rzeki yg datangnya dr Allah??? mgkim korg xpaham apa ak cbe bual kan tetapi pandai2la pikir...

lihat gambar dibawah...
(click on picture for larger view)

sebenarnya aku ingin fokuskan ayat seribu dinar...gagal... yg ni terbaik kot...

surah attolaq ayat 2 dan 3...




وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا

Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

to those who believe in Allah and the Last Day, and those who fear Allah (by doing Nilaand forbidden to leave), He will appoint for him a way out (from every difficulty), (2) and provide for him from the street does not expect in his heart, and (remember), he put his whole self to Allah, Allah is enough for him (for him). (google translate)




(وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ) dan barangsiapa yang bertakwa... pernahkah terfikir apakah mksd takwa??? jujornye ak xtahu nak terang dgn lbey jelas n tepat... ak pun xsmpai tahap ni ag.... tp ak nk cbe bualkan... sebab _______ ntah....ini dari segi pengetahuan aku... takwa adalah takut yakni takutkan Allah... takwa adalah mengakui bahawa Allah adalah tuhan dan kita adalah hambaNya.... kita melakukan apa yg disuruhNya dan tinggal apa yg dilarangNya... takwa juga adalah menyuruh pada kebaikan mencegah kemungkaran... sehingga sampai ke satu tahap takwa adalah mewajibkan yang sunat meninggalkan segala yg makruh... wallahualam.... tanya pd yg lg pakar kerana ak xnak korg tesesat... klu salah tolong betulkan....

aku rasa korang paham terjemah ayat seribu dinar itu dan ada beberapa pengisian disitu,,,
1. bertakwa kepada Allah
2. Allah akan jadikannya jalan keluar... contoh masalah2 yg korang hadapi harian
3. Allah akan memberi rezeki yang x terlintas pd hati hambaNya yg bertaqwa
4. dan jika kita bertawakal pd Allah diri kte akan slamat serta mndpt ptolonganNya
5. kesimpulan kita merancang Allah menentukan...

so tunailah haq kte sebagai hamba klu ingin berjaya dunia akhirat... dan ingat SOLAT 5 WAKTU perlu jaga... klu bley berjemaah...
jadilah hamba yg bertakwa.... same2 kte menginsafi diri....

ni tip2 dmurahkan rezeki yg ak peroleh dari http://ohislam.com/petua-murah-rezeki/

1. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud) Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Cahaya Dalam Kegelapan...

Episod 1

Tarikh : 9 Januari 2011
Masa : 12:30a.m
Tempat : Bilik Gelap

Setiap hari asyik pandang lap top n fb... spe xbosan kan???
n org yg waras die akan memikirkan sesuatu untuk dilakukan agar ia memberi manfaat pada dirinya...
apabila seorang anak kecil yg baru pandai berjalan, adakah dia akan fikir untuk berjalan sahaja?atau dia akan cuba untuk berlari sekali seperti teman2 yg lain? walaupun dia tahu dia akan tersungkur dan xsame dengan org yg telah expert dalam bjalan kaki dan boleh berlari...
namun adakah usaha itu akan gagal selamanya...???
dan adakah tanggapan "dia akan tersungkur" itu menjadi penghalang baginya menemui kejayaan..???
semuanya telah dijawab oleh diri anda sendiri... itulah lumrah kehidupan... betul ke??? bantai je ni...
hakikatnya dimana ada kemahuan disitu ada jalan... hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih... dan usaha adalah tangga kejayaan... insyaAllah...

(click on picture for larger view)

قوله تعالى: (( اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ )) البقرة:257

Allah Pelindung orang-orang yangberiman; Dia mengeluarkan mereka darikegelapan (keKAFIRan) kepada cahaya(iman). Dan orang-orang yang KAFIR,pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yangmengeluarkan mereka dari cahaya kepadakegelapan (keKAFIRan). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

bacalah ayat quran di atas dan hayatilah terjemahannya....
Bukalah tafsir dan teliti akannya... semoga kalian dapat beza yg baik dan buruk... siapa tuhan dan siapa musuh... Allah atau Taghut...?? jika ingin selamat yakinlah kalian pada Allah dan bersangka baiklah padaNya... sesungguhnya Dia Maha pencipta dihiasi dgn nama2 murni Al-Ghaffur, Al-afw,At-Tawwab (wahuwa ala kulli syain qadir)... Dan Allah sgt malu jika hambanya memohon sesuatu darinya dan Dia tidak menunaikannya... Janji Allah itu pasti...!!! yang pentng beriman dan bertakwa... renung2kan dan selamat beramal..
Tazkirah Malam... :)


ok la apa yang hanafi nak cerita sebenarnya ni....??? haha. sebenarnya malam 2 rase laen... puas pikir nape la ari ni (8.1.11) otak dan badan aku rasa len... terasa otak ni jam (boleh sapu kat roti kot...haha)... rupenya satu hari ni aku xkuar rumah langsung... duk teperap je... so malam 2 ak tengok je la pic2 orang... n yg plg menarik n tertarik pic malam hari... dorang men lampu, tulis2 nama... pas 2 yg shoot jalanraya bagai... so datanglah idea tuk buat begitu...

terus ak mencari tripod n lampu kecik.... pinjam sony ericson adek ak je... then da siap kelengkapan semua aku pun adjust setting camera... iso 200 f4 shutter 8 second.. bantai je ni... try n error... so jadilah gambar seperti di atas ni... bnyk2, ak pilih 2 ni... ada senget la bagai... ni pun men2 conteng je ... maybe orang laen kate pic2 begini xde makna tp bg ak ad makna... apa maknanya??? maknanya aku sedang belajar...:)

gambar ni telah 'dimirror' kan...

pas 2 bler tengok2 balik cam xlawa... mmg xlawa pun... ak pun tukarla setting.... is0 100 f22 8 saat.. bantai gak ni.... maka jadilah cahaya yang halus seperti rajah di atas... mule2 "wah cantik gak" maka mulalah aktiviti menconteng... klu perasan gambar atas ni adalah tulisan "ahmad"... sbnarnye ak cbe wat sign singkat... tp adlah roman cket.... :)


sedangkan sign singkat xjd, yg penuh xyah cakaplah... tp cantik gak pe simbol ni...boleh jd design baju... :)

(heartbreaker)

pergh cam pompuan... love2 plak... haha... da ni idea yg ak dapat... xtau nak wat simbol ape da....bnyk2, ni kot yg jadi dan lawa bagi ak...orang kata : dalam hati ada taman... cewah.... SEBENARNYA gmbar ni ingin menceritakan bahawa si pesona sedang dalam kemurungan... ceh poyo...:D sebut je heartbreaker teringat led zeppelin... salah satu tajuk lagu mereka...... layan gak eh ko hanafi led zeppelin... :)



MASA : 6:30 (lepas solat subuh)


pergh nak kata solat subuh la ni.... bukan nak bangga tp alhamdulillah aku dapat menunaikan kewajipabku dsamping dapat berjemaah dgn keluargaku... harap segala amalan yg kita lakukan ikhlas dan diterima Allah... barakallahufikum....
selesai solat, time doa ak teringat aktiviti yg ak bwat sebelom tido... tp ak tertanya2... kenapa semalam ak x terpikir untuk menyalakan nama Allah... ya Allah, kerana keseronokan, aku telah lupa dan alpa bahawa aku adalah hamba Allah.... selesai doa aku terus lari ke bilik lalu menyalakan nama Allah sebelum hari menjadi cerah... ini yg dapat hasilkan... maka sebutla subhanallah.alhamdulillah.lailahaillallah.allahuakbar.... ulanglah beribu kali...



selesai nama Allah ak menunjukkan karyaku pada ibu ku...tatkala bersuara"wah mad cantik.... amad buatlah tulisan khot..." dalam hati ak nape la ak xterpikir.... lagi sekali aku duduk depan kamera sebelum hari beransur cerah dan menghasilkan namaku sendiri...
:AHMAD: yang terpuji :)
tulisannya sejibik seperti tulisanku di atas kertas...

wallahualam :)
Pemandangan dari jejantas midvalley

(click on picture for larger view)
(Gambar asal)

aku suka tengok gambar yang telah diedit oleh aku di bawah ni... juz using paint n photoscape... hakikatnya ak xpandai guna software pengeditan yang lain yang lg advance
seperti photoshop, lightroom n sebagainya... so juz try n error...
dekat 30 minit gak ak siapkan gambar ni walaupun ia hanya ambil 5minit bagi yg pro...
buat masa ni aku malas nak belajar tuk mengedit gambar coz nk mahirkan dahulu ilmu camera...
bak kate seorang bro ni ... 'kte photographer bkan designer'...
xsalah belajar 2 in 1 tp bg org yg slow cm aku ni elok blajar satu2...
pepatah melayu : biar lambat asal selamat...
biar cm kura2 pun, asal berjaya kelak... jgn jd seperti arnab... walaupun hebat tp sikap sombong dan takbbur akirnya kecundang...hehe (dongeng melayu)

(click on picture for larger view)
after using paint & photoscape

mule2 ak cme nk tukar tulisan signboard je n crop cket... then tah cmner bley maen tekan2 dalam photoscape 2 terhasil la gambar seperti ini... bnyk2 ak cbe... ni la yg teramat puas hati...

ok mesti ad yg tertanye2 ape itu "SAQAR dan DARUSSALAM" ??? yg dah thu 2 xpelah... ak tabik ngan ilmu korg.... semoga diamalkan... yg TAK TAHU 2 snie ak bgthu...

dua2 ni cm nama org je??? hehe

selalunya kiri adalah perkara2 yg buruk
dan kanan adalah perkara2 yg baik.

contoh : kalau makan kita guna tangan apa? dan kalau kiri pula untuk apa?

n lagi satu : setiap amalan baik di tulis di belah mana??? dan setiap amalan buruk ditulis belah mana???
(xthu??? tanya malaikat raqib n atid)

pada mulanya aku ingin letak syurga dan neraka tp cm xbes...
pas 2 englishkan heaven n hell.. xbes gak
pas 2 arabkan... jannah n nar... pun xbes... kang ad orang perasan...
tetibe dtg idea firdaus n wail... (antara nama syurga dan neraka)... xbes gak
em xla mksd ak xbes 2 ak menafikannya tetapi ingin mencari kesesuaian...
last2 ak search kt google nama2 syurga dan neraka...

pengisiannya;
nama-nama syurga ialah :-
Syurga Firdaus
Syurga 'Adn
Syurga Na'iim
Syurga Na'wa
Syurga Darussalaam
Syurga Daarul Muaqaamah
Syurga Al-Muqqamul Amin
Syurga Khuldi

nama-nama neraka adalah :-
Neraka Jahannam
Neraka Jahiim
Neraka Hawiyah
Neraka Wail
Neraka Sa'iir
Neraka Ladhaa
Neraka Saqar
Neraka Hutomah

jadi aku amik lah nama syurga dan neraka ini untuk dipaparkan...
Darussalam dan Saqar
so harap korg faham ape motif,tujuan,n niat aku wat gambar ini...
aku ambil firman Allah dalam surah al-baqarah (81-82)

بلى من كسب سيئة وأحاطت به خطيئته فأولئك أصحاب النار هم فيها خالدون

(Bukan demikian), yang benar: barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

والذين آمنوا وعملوا الصالحات أولئك أصحاب الجنة هم فيها خالدون

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itu penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.


so,jadilah insan yg beriman serta soleh... pasti syurga menanti anda....

dan hati2 memilih nama anak... kang ada yg letak saqar... ahmad saqar... bunyi cam bes tapi xtahu apa maksudnya...

em masalah letak nama anak ni... ramai orang melayu kite ni main letak je nama anak tanpa kenal erti...ada 2 hasyafah la bagai... ari tu jumpa sorang anak member ayah aku... mohd naif nasyrik... sape pandai arab terjemahkanlah... macam2... nasib xletak nasyrik billah...pergh sedih dan kesian mendengarnya... janganlah sekali2 letak nama anak gtu...nauzubillah... belilah buku nama2 indah klu xthu bahasa arab.... bpe sen je pun... susah sgt letak je nama ahmad hanafi... :)
wallahualam...

4 - 5 Januari 2011

Tempat : Midvalley

Mengimbas kenangan lalu...

(click on picture for larger view)

(click on picture for larger view)


(click on picture for larger view)

(click on picture for larger view)

إنكم لتأتون الرجال شهوة من دون النساء بل أنتم قوم مسرفون

(click on picture for larger view)

We are the seventh generation of Maaad Al-manar...

juz Try n Error
3 Januari 2011

Tempat : Taman Tasik Seremban

(click on picture for larger view)

3.1.11 : Hari Persekolah bermula... tapi aku tak... habis sudah belajar... sedang menunggu result saja... setakat ni menganggur... malas nak bekerja... harap duit mak bapak aje... hehe...
ai napi dah besar da... xkn msh nk harapkan duet mak bapak... xpe Allah bersamaku... mudah2an...

nak jadi kn cerita pada tarikh ni mak ayah aku sibuk untuk mendaftarkan 2 org adik ak yg bakal menempuh suasana pesekolahan baru... tahun baru sekolah pun baru... so juz aku ngan abg ak duk umah pada hari ni...

mama pesan : amad nnti abg usop dah bangun suruh dia mandi siap sume n bawa dia pergi sarapan sama-sama...

pukul 11 semua dah ready ak pun bawaklah dia ke gerai brother.siap... selalu pggl kedai botak je....

-pas makan aku tanya abg ak : abg usop nk g mane? balik ke jalan2...
abg usop : jalan2lah...

aku pun pikir nak jalan mane ek...? bantai la pg seremban... ingat nk g jusco ataupun parkson... -pas sampai je istana tetibe tedetik nak benti taman tasik ni... dapat idea tuk mengeshoot kawasan tersebut...


so ak jadikan abg ak model tuk program ni... bantai je la mengeshoot... asal pandangan mate ak puas hati sudah... hehe


juz try n error... sian bosan abg ak dibuatnya... :)


ni bunga pe ek??? rose ke??


kura2 ni... kura2 misteri... waktu jalan2 tepi tasik 2 terpandang air tasik... tampak cm kepala ular mule2... bler zoom dekat2.. ala kura2 rupanya... so ak snap la menatang ni... bnyk2 ak puas ati yang ini... pas 2 aku tunjuklah kt abg ak gmbarnye... then he said : amad amikla dekat2.. mean die suh zoom... xsmpai bpe saat bler tengok blik ke dalam tasik... aik hilang sudah... pantas... so ak gelar kura2 misteri... peribahasa ad mengatakan.. : Kura-kura pandai kerabat kayu.... carilah maknenye dgn mr google...


Gambar ni... ak xtau ap faedahnya... org kata bler bgambar biala ia bleh menceritakan sesuatu... tp ak xtau ap motifnya... tp ak suke.. ntahlah... haha.. no comment...


jam ni... ape kene mengena jam ni ngn taman tasik???
dr taman tasik ak trus ke care4... sje jalan2... tengok barang kt sne... msuk2 je pintu ad stall jual jam yg beharga rm9.90 ke atas... wah murah... dalam melihat jam2 yg berada disitu ak telihat jam ni.... kecik. comel. ak pun tertarik... ak pun tanye amoi... bpe harga jam 2?? amoi jawab rm10.. ok la sy angkat... motif ak beli jam ni selain dr comel tuk kejutkan ak bgn pagi... tp stakat ari ni xnah penah dgr pun... hehe... nampak na tido mati...

k la smpai d sini ak mengarut... sekian wasalam...

'untuk melihat gmbar dgn lbih bsar dan jelas, silakan klik di gambar itu...'

Tempat : Port Dickson Batu 8

Tarikh : 1 Januari 2011

Family


Gambar ni ak cbe msuk kn 3 element... matahari langit n laut... failed kot... matahri nmpak bsar...

ak amik kate2 ni dr auntie wan mazwati : Good photographer captures Allah's creation...when people admire Allah with awe by the pictures captured by a photographer, he gets rewarded the same as the rewards given to the person who admired Allah's Creative Power by looking at the picture...:)


ops klu ade kekhilafan mohon maaf... tp ak ske gmbar ni...


gmbar ni ak cme rotate kn cket... maklum tgn x centre... bru perasan... horizontal line.. yup.. lemah!!!



ni abg ak... yusuf namenye... the miracle boy... hehe... bg aku gmbar ni nmpk menarik sbb pasir ... perjalanan pasir dr tangn ke tanah... :)


ni ibrahim... bg ak pic ni cm menarik... maybe klu shoot model xnk shadow kot... hehe..


ni abdul rahim... pic ni... taktik shoot ni ak blaja dr bro shah zainal... harap nice la...:)




Halimatussa'diyah... tak tau la menarik ke x...


bagi aku chantek kot...

gmbar2 diatas tidak di edit... cme satu gmbar sesumpah... juz rotate cket... 2 kire di edit ke??? dan cme letak link blog...

ak sebenarnya msh belajar ttg photography... msh lemah dalam mencari angle yg bek... n xpndai menggunakan setting iso,shutter, n aprture dgn bek... white balance mmg failed... lighting pun lemah... so klu ad kritikan silakan.. n harap pro2 dapat beri tunjuk ajar n baiki kelemahan pd photo2 di atas... sekian :)

pengalaman mengajar erti kehidupan..:)
dan belajar dr kesilapan.. :)

Mafhum

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya: “Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan” (Riwayat Bukhari)

__________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Aku belum pernahmelihat sesuatu permandangan yang lebih mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur“ (Riwayat Tarmizi)

__________________

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah, maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya“ (Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba sebelum nyawanya sampai di kerongkong” (Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” (Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

_______________________

Dari Abdullah bin Amru Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah“ (Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya”(Riwayat Bukhari)

____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa” (Petikan kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang semakin bertambahilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan“ (Petikan kitab Imam Ghazali)

_____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Yang paling beratmenerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

____________________________

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya: “Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan” (Riwayat Bukhari)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Orang yangmemulakan memberi salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takabbur“ (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi dia tidak terburu-buru dengan mengatakan “Aku telah berdoa tetapi belum juga dimakbulkan”

(Riwayat Arba’ah)