Iklan

assalamualaikum... buat para tetamu ya... mungkin ada ada yg ingin mengiklankan blog masing2 atau ad yang ingin saya bantu akan busnessnya... jadi saya sediakan ruangan ini untuk kalian bisa memanfaatkannya.. jadi untuk sebarang pengiklanan boleh diajukan di emel ini han_nafi1992@yahoo.com .
iluvislam
Portal BALADI

Followers

My name is Hanafi. n i'm not a terrorist....

Bagi peminat hindustan, aku rasa korg tahu dari mana datangnya ayat diatas setelah diedit sedikit oleh ak... Filem ni dlakonkan oleh seorang jejaka tampan (shah rukh khan) dan seorang wanita comel (kajol). Ak bukan nk mempromosi cite ni tp ak ingin bkongsi msg2 yg tdapat dalam filem ini..

- aku teharu melihat seorang ibu membesarkan anak yg kurang sihat dgn penuh kesabaran dn kesungguhan... seorang ibu yg menunjukkan sikap positif serta mengasuh dan mendidik anaknya erti keamanan serta kehidupan sebenar... setiap agama mahukan penganutnya menjadi insan yg soleh

(they are only two kinds people in this world.

good people who do good deeds and bad people who do bad)

-walaubagaimanepun, bdak itu beruntung kerana dikurniakan akal yg cerdas dan kemahiran yg tinggi . kate orang bayi ibarat kain putih jd ibu bapalah yg mewarnai n mencorakkannya... dan bdak 2 bnyk berjasa thdp org kmpungnya atas kecerdasan dan kemahiran yg dimiliki.. masyaAllah.. (walaupun sebuah filem.). bt jgn pndang rndah thadap orang istimewa atau saintifiknya OKU. masing2 ad kelebihan tersendiri.

- kisah percintaan. haha ni plg best. gentle n romantik...(karat lak ak ni...) walaupun sebangsa namun mereka bukan seagame(shahrukhkhan n kajol). mereka tetap meneruskan perkahwinan atas dasar cinta walaupun dhalang oleh adeknya... malah mereka idup dalam keadaan yg amat mesra, bahagia, n manja disamping menghormati n memahami agame pasangan masing2... tp setahu ak sebenarnya islam xbg kawen ngn wanita kafir yg bkan ahli kitab. 2 pun ad zamannya... (wallahualam) tanye yg lbey pakar. klu salah, maaf n tolong betulkan

- filem ni bnyk menceritakan ttg kemurnian islam oleh org yg benar2 islam.. contoh muamalah antara islam dan kafir, perjuangan yg mengikut syariat (mean bkanlah berperang kerana marah n nafsu tp mempertahankan/memperjuangkn haq dan agama), membina jati diri serta istiqomah dalam beribadah n sebagainya....

"for a while now I have fighting with myself. i teach you about identity when my own has been changed so drastically. my hijab is not my religious identity, it is part of my existence, its me"

- keseluruhannya ialah sikap kesungguhan, ketabahan, kewibawaan, kesetiaan, dan kejujuran seorang hamba memperkotakan kata2 atau janjinya dsamping meyakinkan pandangan masyarakat samada islam dn bkan islam terhadap keindahan, kemurnian dn kegagahan islam... pertolongan Allah itu pasti.!

2 jela, hahahahahaha...(sje gelak.klaka) mcm ak ckp kt atas ak bkan mempromosi dan harap korg dpat msg yg nk dsampaikan. Islam itu indah dan sempurna... islam bukan terrorist. (melayunya pemberontak @ penyangak kot)... dan bukan mengongkong tp Allah tahu ap yg terbaek tuk hambanya... kenali islam bukan pada penganutnya tp pd pembawanya(mean yg diajar rasulullah..) >btol x?). dan mulakanlah sesuatu perkara dengan bismillah... pasti berkat benda yg kte ingin lakukan... btw Jage diri jage iman walaupun dimane kita berada serta harungilah ujian dan dugaan dgn penuh kesabaran serta mengharapkan pertolongan Allah... wallahualam.





kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah

apa hikmah nya?


1. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


amalkan bacaan ni...!!!



1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.

2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.

3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.

4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.

5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.

6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.

7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.

9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.

10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

-Ibrahim Adham-

Dipetik dari : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7320.0 (klik link ini jika ingin kisah sebenar)
Malaysia oh malaysia...


Bagi peminat sukan bola sepak Malaysia... :)

bola juga dalah satu riadhah... namun, sebaik2 riadhoh adalah SOLAT!!! ... =)

aT-Tauhid.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ:
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ( يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي، فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً). ةً

matan hadis ni aku ambil dari blog ....http://www.akssa.org/vb/showthread.php?t=2103 .......
payah gak cari hadis ni... aku pnah hafal n jujurnya aku lupa. akibat hafal kerana periksa, :(
saje copy n paste. jalan pintas, malas nak menaip..
ok la mgkin ade yg faham ngn hadis ni n mgkin ad yg kurang faham n mgkin ade yg xfaham lgsg,
dan sebenarnya aku xthu bagaimana nak terjemahknnya....
selame ak hafal n blaja hadis ni ak xpnah hayati pun makna hadis ni...
tp nk jodoh aku ngn hadis ni, aku mencari semula ia. knp?
setelah kata2 yang keluar dr mulut ayah ak "org kate : kalau kita mencari Allah dgn care berjalan Allah akan datang kepada kita dengan berlari..."
terkejut ak, terus teringat hadis ni... masyaAllah.

ok ni terjemahannya atas bantuan akhi Asri,, : ni hadis qudsi.

sabda rasullullah: Allah berfirman/berkata:
1. AKU sentiasa bersama hambaku jika dia sentiasa mengingati aku.
2.jika dia ingat aku dalam dirinya AKU akan sentiasa mengingatinya.
3. dan jika dia mengingatiku disesuatu tmpat, Aku(allah) akan ingatinya di tmpat lebih baik dri tempat mereka
4. dan jika dia mendekati aku sejengkal aku akan mendekatinya sehasta
5. dan sekiranya dia mendekati aku sehasta aku akan mendekatinya sedepa
6. dan sekiranya die datang pada aku dalam keadaan berjalan aku akan datang kepadanya dengan berlari

so harap korg faham. kalau x tanye yg lg pakar agar lebih terperinci... aku hanye menyampai bukan menerang...n maaf kalau ad salah... kalau xkberatan tolong btolkan...
tima kasih pd akhi Asri kerana membantu...(",)

(wallahualam)




SOLAT 1


di sebuah masjid yang terletak di bandar kuala lumpur...
cerita seorang remaja dengan pak cik tua selepas solat zohor.

pak cik tua : assalamualaikum .

si pemuda : waalaikumusalam...

(mereka bersalaman..)

pak cik tua : nak kemana?

si pemuda : jalan-jalan kl dengan member.

pak cik tua: baiklah, pak cik nak cakap sikit.

si pemuda : apa die pak cik?

pak cik tua : lain kali kalau nak solat cubalah berpakaian sopan sikit. ni pakai pakaian yang tak sedap mata memandang. kene pula kalau sujud tu nampak seluar kecil.

(cam beselah orang da kene tegur ... kene plak bdak berpendidikan agama.. keluar hujah la)

si pemuda : pak cik , pak cik pernah x dgr hadis :
(إن الله لا ينظر إلى صوركم ولا إلى أجسامكم ولكن ينظر إلى قلوبكم وإلى أعمالكم)

pak cik tua : apa maksudnya?

si pemuda : sesungguhnya Allah tidak melihat wajah penampilan kamu tetapi Allah melihat pada hati dan amalan kamu. tak semesinya orang yang berkopiah berjubah tu bagus. itu luaran dia dalaman kita tak tahu... semua berdasarkan niat... dan kita tak boleh bersangka buruk terhadap seseorang itu... lagipun saya dalam keadaan 'bermusafir' mana nak cari pakaian-pakaian sopan. kalau rumah saya sebelah ni bolehla saya balik sekejap tukar baju. maaf ye pak cik.

(pak cik tua tu pun terdiam dan tidak mampu berkata-kata lagi...si pemuda pun terus beredar)



Jadi apa kesimpulan yang kita dapat dari kisah ini... sebenarnya apa dihujah kan oleh si pemuda boleh dipakai. KOT. bagi aku la kan... tapi jangan terlepas pandang hadis nabi ( Berhubung bersolat dengan memakai pakain yang bergambar ulamak menghukumkannya sebagai makruh kerana Rasulullah SAW melarang berbuat demikian.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim menjelaskan Rasulullah SAW pernah menyuruh pakaian yang baru sahaja digunakannya untuk bersolat supaya dibawa kepada Abu Jahm dan digantikan dengan pakaian yang bernama Anjabiyah. Ini kerana pakaian itu mengandungi gambar.) wallahualam.

dan ayat quran .:

يَا بَنِي آَدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

”Hai Anak adam, pakailah pakaianmu yang indah disetiap memasuki masjid.” (QS. Al A’raf : 31)

(tengok tafsir ayat..)

(adab sebelum ilmu)


apa2hal tanya yang lebih pakar... saja nak bercerita. aku pun tak tahu apa aku cuba buat.

try tengok blog2 ni.





AMAR MAARUF NAHI MUNKAR

عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان . رواه مسلم .

dari abi sa'eid radiallahu anhu berkata : aku mendengar rasulullah sallahualaihiwasalam bersabda :

barang siapa antara kamu yang melihat akan kemungkaran!

1. maka ubahlah(cegahlah) dengan tangannya.... jika ia tidak mampu dengan tangannya,

2. maka ubahlah(cegahlah) dengan lisannya... jika ia tidak mampu dengan lisannya.

3. maka hendaklah ia melakukan(cegahlah) dengan hatinya... dan itulah selemah2 iman.

(Diriwayatkan Muslim).




firman lain (mafhum) : "Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104).




firman Allah mafhumnya : Kalian umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kalian menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah." (Ali Imran: 110).







Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.

عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( من كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليقل خيرا أو ليصمت ، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليكرم جاره ، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليكرم ضيفه ) رواه البخاري و مسلم .

1. Berkatalah perkara yang baik-baik atau DIAM

2. Muliakanlah jirannya.

3. Muliakanlah tetamunya.
KEMANISAN IMAN

عن أنس بن مالك رضي الله عنه أنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ( ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان: أن يحب الله ورسوله أحبَّ إليه مما سواهما، وأن يحبّ المرء لا يحبه إلا لله، وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار) (رواه البخاري 1/30 و مسلم 2/210

3 Tanda Kemanisan Iman

1. Mencintai/Mengasihi Allah dan rasulnya melebihi kasih selainnya..

2. Dan mencintai/menyukai seseorang hanya kerana Allah

3. Dan membenci kembali kepada kekufuran sepertimana dia membenci dicampakkan ke dalam api neraka.

salam.. try r tengok video ni...

tutup dulu mp4 kt bawah tu dulu...


best gk video ni .. starting da bes da... ending lak menyedihkan.... maybe sbb lagu belakang...tp tu la bley tahan romantiknya... ni brula love foreva n eva.... bercinta secare halal...


كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم شباباً لا نجد شيئاً، فقال: يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج، فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

We were youngsters in the company of the Prophet (blessings and peace be upon him), not finding or having anything (to do), so he said: O Assembly of Youth / Youngsters: Whosoever of you is by the means, then let him get married, for that is more effective in lowering the gaze and safeguarding chastity, and whosoever is unable (to do so), then let him fast, for that will serve as a shield and protection for him.



يقول ـ صلى الله عليه وسلم ـ: ( تزوجوا فإني مكاثر بكم يوم القيامة ) رواه الترمذي وابن ماجه

He (blessings and peace be upon him) says: Get married, as I will be competing (with the other nations) in the number of followers on the Day of Judgment. (This prophetic statement was compiled by both Tirmidhi and Ibn Maja).

{قال تعالى: { وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ

Allah, Most High, says: (And those who say: Our Lord, Grant us from both our wives and offspring that which is a delight and comfort to our eyes)



Assalamualaikum buat mukmin n mukminat yg sudi berkujung... semoga antum n antun sihat2 belaka... ak xtahu ap nk dikongsi sbnarnye. ok la cmni ak cite hari yg ak lalui pada 31 0ktober 2010... wah xsdar arini da 1 november... lg 12 ari muet... k xpe lupekan...
bermulanye pg ak dgn meminum segelas air masak (5.15 a.m) dan kemudian ak terus msuk ke tandas n wat pe yg sepatutnya (tolong jgn negatif). then ak amik jubah itam n kopiah dan ak bentangkan sejadah... ak menunaikan ap yg spatutnya sementare menunggu subuh... bkan nk riak cme nk bercerita... (ok abaikan jgn pikir negatif...) then setelah azan berkumandang ak terus melangkah kn kaki ak ke surau an-nur taman indah (belakang umah je). ok abes je solat sume ak pg ke rak quran tuk membace n menghafal ap yg ak xterhafal... tetibe tangan ku terhenti tuk memilih quran... sorg abg ni mengajak ak bce fadhilat amal(taklim)... ak pun ok je la kn. bnde baek samping nmbah ilmu... ak pun amik buku 2 then bace kan tuk die skali tuk ak... asalnya org 2 rabun... kami pun berdua berta'lim... abes je ak menyampaikan tajuk yg ak bentang kami berkenalan... die open (ni name spe?) ak pun bgtau la ap yg spatutnye... then die pekenalkn diri die... siyes ak lupe name die... teruk gler ak... nk wt cmner bak slogan pm kte yg ke4...."melayu mudah lupa..." rupenye orgnye indon tp duk dekat je ngn umah ak. klu ikut hadis nabi secare mafhum [jiran ni 40 depan 4o belakang 40 tepi kiri 40 tepi kanan] rasenye org 2 jiran ak... ok lpas bekenalan 2 tetibe die msuk cite psal tabligh... keluar 3 ari la 400 ari la bagai..haha.. (mubalaghah cket) org dr sarawak la dtg seremban bagai... ak pun cm blur r. mane ak join bnde2 cmni... tp layan je la... jge ati.. sbnarnye org 2 ingt ak ni tabligh... ye la anak muda dtg jemaah pkai jubah plak 2 .. ak nk ckp pun serba salah. so diam je la... pas 2 ak pun mintak diri n ak terus ke rak n amik quran... 2 niat asal ak... alhamdulillah usaha nye usaha ak dpt hafal satu muke...abes afal ak pun blik......(6.45) ak tepakse balik awal coz ak kene join mak ak ikut persembahan adik ak... anniversary 20th tadika murni... umah ak ad tetamu... makcik ak n 2org anaknye lepak umah 2 semalam... dorg nk wat bisnes kt tmpt adeq ak...(hotel royale bintang). Dorg wat

(HR Marketing) ...~~~~~~.ahmad_hms92@yahoo.com (ym) han_nafi1992@yahoo.com (ms/fb/fs) no tepon ak akn bg klu korg mintak....~~~~~, Ok sambung. Waktu ngah bersiap 2 ak tanye la mak ak... “mama bawak videocam x???” “eh alamak mama tertinggal umah sne.” Ak pun jawab. “xpela ma kejap ag amad amik.” Em mak ak gerak awal coz adeq ak kene ad sne sblom 7.30.. ak guide mak cik ak jalan... waktu smpai umah ak tetibe umar perasan gate n sliding door blah padang terbukak... ak pun pelik gler... padahal mak ak xnah bkak gate 2... ak pun massuk umah ngn hati2... masyaAllah. Em xde la selerak sgt tp 2 la habis die selongkar almari tv... pas 2 ak msuk bilik ayah mak ak... em alhamdulilllah xde pape kot. Ak msuk bilik ak... pergh agk selerak di meja com... abes die selongkar kotak2 fon sume tp rasenye xde ilang pape... pas 2 ak tengok bilik abg ak... tersusun rapi... ak pg dapur Alhamdulillah xselerak....stakat ni yg kami sedar tv plasma je la ilang...dan Alhamdulillah waktu org 2 masuk kami xde umah... ade hikmah sebalik kejadian... wallahu a’lam. Die lbey mengetahuinya... kte berusaha memohon pertolongn drNYA... ingat! Susah senang kte mesti mengingati Allah... dan Allah xkn beri sesuatu ujian itu membatasi tahap kudrat hambanya(em btol ke ape ak ckap) btw bnyk kn la zikrullah n selawat...pas 2 ak kunci pintu depan tanpa usik2 tempat2 kejadian. Xnak la kan barang bukti iilang... pas 2 ak jumpe acik sebelah... ak bggtau la die kejadian 2. Die terkejot gak...tp 2 la die xperasan kejadian semalam. Die ad tedengar bunyi tp die ingatkan org rumah yg balik...pas 2 ak suh die tengok kn rumah jap coz ak kenen guide mak cik ak ke hotel...

sampai je hotel 2 kteorg cari tempat letak product HR Marketing . pas abes siap sume ak msuk dewan tmpat dak2 ni wat persembahan... dah mak ak pggl... so kene jd cameraman satu ari...ak ckpla ngn mak ak nk report polis pas 2 mak ak ckp “bia la mama yg wat report. Amad duduk snie amik gmba.” Ak pun ok je la... pas abes pesembahan adek ak, mak ak pun pg la blik umah wat report.... ak pun duduk la atas dewan 2.... amik2 gmbar... bg senyuman kt bdak n so on la....bosan gak...lame 2 tengok cam xde bnde menarik ak pun kuar dewan n pg kt mak cik ak... tengok je la dorg berbisnes...


(klik sini.)

so ni la produk nye... mcm2 ad. ak pun xbpe sure sbnarnye ap yg ad...hehe... tp klu korg thu fadhilat kambing atau kebaikannya insyaAllah korg berminat tuk join product ni... ak bg la thu serba sedikit psal kmbg yg ak thu...

1. Haiwan gembala Rasulullah sallahualaihiwasalam

2. makanan atau lauk kesukaan nabi

3. menjamin kecerdasan otak

4. melancarkan peralihan darah serta melicinkan pejalanan sistem dalam badan

5. susunya bley melicinkan kulit

n bnyk lg...


faktor salah faham masyarakat kte skrg terhadap kambing

1. ditipu yahudi agar melebihkan lembu dr kambing kerana dorg thu kambing ni memberi khasiat yg tinggi pd manusia disamping mencerdaskan minda... so dorg takut terlahirnye generasi pndai dr umat islam jd dorg wat fitnah mcm2 kt kambing

2. ape yg ak thu... sorg peniaga lembu telah memfitnah kambing kerana jualan dan permintaan kambing lbey bnyk dr lembu...so mcm2 fitnah dtg... darah tinggila panas la n so on.... tp kajian saintis genius menyatakn kenyataan israeliat 2 adlah tidak benar... xcaye cari internet....so klu korg berakal yg waras, bak kate nabil raja lawak lu pikirla sendiri.....


~wallahualam~


k la gedebak gedebuk dah ptg. Majlis pun da tamaat HR Marketing pun da tutup...(sebenarnye ak salah sorg ahli... klu mahu order brg contact ak... ak da sertakan emel ak kt atas....) kteorang pun balik... sampai umah lepak2 jap n then che as n her children beransur pulang...


malam 2 ak solat isyak kt surau annur semula... pas solat 2 tetibe sorg pakcik ni datang kt ak... ak pggl acik nizam... die knal ak... die tanye la ak psal yg ak bce taklim pg td.. sembang2 die ingatkan ak tabligh... die cam nk tegah ak la awal join tabligh... n die cite la yg tabligh 2 inila tabligh itula...die xde la menolak... ye la bnde baek ajak org g masjid sume... tp care xkene... care die membuat msyarakat xley terima....2 die risau klu ak ni tabligh.... mule2 ak dgr. then die abes ckp ak pun explain kt die pekare sebenar... ak ckp ak xbwak bnde pelik2... n ak ckp jgn risau... die pun senyap.. selang bpe minit kami pun pulang....(skema) .em ni je la ak nk cite....em k la dah tamat la kisah 31 oktober...

bosan cite ak ni...haha.... ak pun bosan membace nye.. tp xpela... bce je la....

salam.

Mafhum

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya: “Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan” (Riwayat Bukhari)

__________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Aku belum pernahmelihat sesuatu permandangan yang lebih mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur“ (Riwayat Tarmizi)

__________________

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah, maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya“ (Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba sebelum nyawanya sampai di kerongkong” (Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” (Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

_______________________

Dari Abdullah bin Amru Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah“ (Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya”(Riwayat Bukhari)

____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa” (Petikan kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang semakin bertambahilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan“ (Petikan kitab Imam Ghazali)

_____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Yang paling beratmenerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

____________________________

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya: “Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan” (Riwayat Bukhari)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Orang yangmemulakan memberi salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takabbur“ (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi dia tidak terburu-buru dengan mengatakan “Aku telah berdoa tetapi belum juga dimakbulkan”

(Riwayat Arba’ah)