Iklan

assalamualaikum... buat para tetamu ya... mungkin ada ada yg ingin mengiklankan blog masing2 atau ad yang ingin saya bantu akan busnessnya... jadi saya sediakan ruangan ini untuk kalian bisa memanfaatkannya.. jadi untuk sebarang pengiklanan boleh diajukan di emel ini han_nafi1992@yahoo.com .
iluvislam
Portal BALADI

Followers

Bukan kerana nama by akhil hayy

try dgr lagu ni n hayati liriknya...

lagu asal..: ramlee sarip


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah ketakwaan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun menurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat-laun hancurlah dirimu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah ketakwaan

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat-laun hancurlah dirimu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah ketakwaan

Takbir...!!!

persoalan ttg ARAK!!!

عن مالك بن خير الزبادي أن مالك بن سعد التجيبي حدثه أنه سمع ابن عباس يقول: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول:" أتاني جبريل فقال : يا محمد إن الله لعن الخمر ، وعاصرها ، ومعتصرها ، وشاربها، وحاملها ، والمحمولة إليه ، وبائعها ، ومبتاعها ، وساقيها ، ومسقيها
(klik disini)
" Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya "

matan dan makna aku amik dr sumber yg blainan... klu rase2 ade kelainan 2 bley tegur... mgkn ad kelainan dr segi sanad ..... yg aku perasan la.... yg pntg hadis ni korg biase dgr ataupun pnah dgr... klu ak salah silakan tegur...


kalau ad mse lbey klik kt link yg ak bg ni... artikle ttg sejarah pengharaman arak dan dalil2 dr al-quran n hadis... maybe ramai yg xtau so jgn la sombong tuk membacanye... xsalah kte mencari serta menambah ilmu... atau rujuk kembali ilmu yg kte pnah tuntut...




so td ak ke kedai... nmpk "kit kat" dlam peti 2... time nk amik nmpk plak tin carlsberg,tiger,heineken bagai... trus x jd amik ...
pas 2 ak jmpe la kt akk counter 2...(org melayu pkai tudung)... "akk ad 'kit kat' x??" (ak xtau npe ak ske kit kat... tp bkn kit kat je... ak mmg ske coklat...hehe:) ) akk 2 pun jawab... "tepi 2..." aku pun amik 'kit kat' luar dr peti ais 2... pas 2 ak ckp ngn akk 2...

aku :akk mintak maaf sy tegur... bley x pas ni pndahkn tin2 2 tmpt len... coz xelokkn..
akk counter : eh jgn ckp kt sye... ckp ngn tauke... akk pnah ckp tp die wt dek je...
aku : oh akk tolongla ckp kn...
akk counter : ok2..

time ak nk blah dr kdai 2 tetibe akk 2 bsuare...
"hbs 2 org tue2 men amik je air dalam 2... yg pakai kopiyah, ketayap lg 2... xde complain pun..."
terus adik ak plak nyahut : dorg 2 jahil!!!
terkejut ak ... ak pun cover... maybe dorg xthu kot. xpela kak... blik dlu...
ak pun chow...kang ilang mood org nk cr 'rezeki'



time memandu 2 tetibe datang plak 'was2'.... (bley x bley...) adeshhh!!! hampeh!!!
tetibe ak confuse dgn hukum membeli air atau makanan se'peti' dgn arak...
tanye kawan,

pendapat pertama kata : TAK BOLEH... coz zat arak sebati ngn air bese 2 ... air 2 da btukar khasiatnye... lbey kurg cm 2 la....
pendapat kedua : BOLEH sebab botol tersebut dsimpan secare tertutup n xde efek ap2...

(wallahualam)

maybe ak jahil bab nii tp aku prefer pendapat pertama sbb "majoriti"... bley lak cmni... tp ak msh mcari jawapan yg tepat... klu bley bdasarkan ayt quran atau hadis atau ijmak ulamak...
so sesape ad jawapan tuk persoalan ni silakan berkongsi ilmu... sekian...


yg pntg ingt 10 golongn yg dilaknat Allah yg terlibat ngn arak...

1.Pemerah Arak
2. Orang yang meminta diperahkan arak untuknya
3. peminum arak
4. pembawa arak
5. orang yang memintadibawakan arak untuknya
6. memberi minuman arak pada orang lain
7. penjual arak
8. orang yang membeli arak
9. orang yg meminta dibelikan arak untuknya...

dan msh ramai org melayu yg berstatuskn ISLAM tidak thu akan jenis2 n dosa2 ttgnya...ataupun wat2 xtau... wallahualam..

Pesanan Imam Ghazali

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?


Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat


Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita

ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan

mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?


Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang


Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA

LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat

kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari

esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan

ajaran Agama.


Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?


Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi


Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA

NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,

jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?


Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah


Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG

AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan

malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah

pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut

menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka

kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?


Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun


Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali

didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan

dunia, kita tinggalkan solat


Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?


Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang


Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah

LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati

dan melukai perasaan saudaranya sendiri


Dipetik : http://www.facebook.com/notes/p-naz-zuki/soalan-imam-ghazali/158247554221071



abah selalu pesan : orang yang cerdik bukanlah orang yang sekadar lulus dalam peperiksaan hatta tahap phd, master bagai... tetapi orang yg cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan sering mempersiapkan bekalan untuk hari akhirat.... jangan di heran profesor/doctor/engineer dan sebagainya jika mereka hanya mengejarkan dunia tanpa mementingkan akhirat... ingat pesan abah ni : dunia ibaratkan lalang dan akhirat adalah padi... jika disemai padi lalang pasti tumbuh... jika disemai lalang harapkan padi, padi makan pagar... haha. saja melawak... secara logiknya padi tidak akan muncul... kesimpulannya... jika kita mencari dunia akhirat pasti tergadai namun jika kita mengejar akhirat pasti dunia yang akan mendahuluinya.....

Allah tidak pernah menzolimi hambanya bahkan hambanya yang menzolimi diri mereka sendiri... aku suka ayat ni : biasalah orang salah mana nak mengaku... kata2 yang sering dilemparkan oleh rakanku fidaey... itu yang terjadi pada manusia hari ini... sering menyalahkan Tuhan... Allah tak adil la, Allah tak sayang aku la, dan sebagainya... padahal itu adalah satu alasan untuk mereka keluar dari Islam atau untuk bebas dari hukum-hukum yang ditetapkan oleh islam.....sedangkan mereka tahu setiap yang disyariatkan oleh islam secara zahir dan batin ada kebaikan dan hikmahnya. cuma mereka kalah dengan nafsu dan hasutan syaitan. (termasuk orang yang menulis ni)

namun setiap manusia tidak lari dari berbuat dosa dan kesalahan... kalau ada tu memang hebat... that why Allah sentiasa suruh hambaNya memohon keampunan dan muhasabah diri mereka agar tidak melakukan kesilapan yang sama dan menjadi yang lebih baik... itu menunjukkan Allah itu maha Adil... Allah tidak akan membebankan atau lebih tepat memberi ujian pada hambanya mengikut kemampuan masing-masing... dan setiap ujian yang kita lepas akan menaikkan lagi darjat kita... ala macam main 'game'... cuma penamat kita adalah di alam akhirat... samada kita "winner" atau "loser..."

mungkin kita selalu jumpa orang yang lemah semangat. maksud aku senang putus asa dan mudah kecewa dan payah untuk bangkit semula... ataupun orang tu cuba bangun tapi tiada dorongan. agak kesian. tapi tu lah setiap orang berbeza samaada dari segi ujian yang diterima, cara mereka menyelesaikan, cara mereka berfikir dan sebagainya... tapi kita sering lupa islam sering menggalakkan kita untuk 'husnul dzon'. melayunya bersangka baik... dari perkataan ni aku mentafsirkan pakai kepala akal aku yang agak jahil ni adalah "positive thinking"... tak ramai manusia hari ini mempunyai fikiran yang terbuka malah disempit-sempitkan lagi. (termasuk hanafi khan) ... thats why manusia hari ini sering huru hara. ni tak betul lah itu tak betul lah... habis tak tahu apa yang betul... jadi setiap perkara yang berlaku hendaklah diselesaikan secara postif. lapangkan dada luaskan fikiran dan paling tepat tepuk dada tanya iman...

so kesimpulan kat sini jadilah orang yang cerdik dan bijak dan genius... gunakan akal dan hati yang tenang sebelum memulakan sesuatu... jangan duk ikutkan nafsu dan dan jiwa ammarah...dan sentiasalah bersangka baik dengan orang. namun inilah yang sentiasa di alpakan oleh diri ini... jadi aku mohon maaf bagi sesiapa yang pernah terasa dengan kata-kata serta perbuatan aku.

(aku tak tahu apa maksud khan. mula aku ingat "khianat" coz aku ambil terjemahan hadis yang menceritakan tenteng sifat2 munafik... "iza u'tumina khona" tapi bila aku cek mr google maksud khan adalah king. wallahualam. fuh kalau di terjemah mengikut negatif (hanafi pengkhianat) tapi macam aku cakap tadi... think positif... haha... (KING HANAFI). better :)



aku amik hadis ni dr wall post gemersik : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” Riwayat Attirmidzi

Kisah Kau dan Aku...

Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.

[Shahih al-Bukhari – no:3467]

aku copy hadith ni dr : http://kami-sayang-kucing.blogspot.com/2010/07/kerana-seekor-anjing-pelacur-masuk.html ... silakan membaca artiklenya...


hari 2 aku menonton sebuah drama di astro oasis, tapi tak ingak apa tajuknya. btw ia mengisahkan seorang pelacur yang ingin bertaubat tapi dia merasakan setiap perbuatannya telah dilaknat Allah dan dia rasa taubatnya tak akan diterima Allah. dan dia hanya berpasrah untuk terus melakukan perbuatan melacur itu sehingga menjadi ibu ayam... dan suatu hari seorang gadis telah datang kepadanya dan cuba mengubah wanita itu serta memberi keyakinan terhadap perempuan tersebut untuk kembali ke jalan yang benar dan bertaubat. dan akhirnya segala rahsia terbongkar...wanita itu insaf kot.


ketahuilah bahawa Allah maha pengasih dan penyayang.. kita sering baca bismillah. tapi kadang-kadang kita tidak sedar apa maksud kalimah itu sedangkan kita tahu maknanya... tidak Allah jadikan sifatnya atau namanya ("al-ghoffur" "at-tawwab" "al-afw") jika dia tidak suruh hamba-hambanya sendiri memohon keampunan dariNYA serta bertaubat. sesungguhnya Allah suka pada hambanya yang selalu memohon keampunan dari NYA walaupun hambaNya tidak membuat kesilapan...itu menunjukkan/mengingatkan kita tentang taraf ataupun maqam hamba dan PENCIPTAnya... jadi takutlah untuk membuat dosa tetapi beranikan diri untuk memohon keampunan. dosa-dosa dahulu bukanlah satu alasan untuk kita terus melakukan maksiat dan menambah lagi dosa...(wallahualam) sila kaji kisah atau hadis di atas...


sebenarnya aku teringat suatu perbualan rakan-rakan aku... mungkin ni perbualan "orang besar" kot. maaf kalau ada unsur-unsur tak sedap dibaca dan didengari. ianya tak adalah asli perbualan asli... semestinya di edit.

rakan pertama : alhamdulillah aku dah dapat membantu 3 orang pelacur kembali ke pangkal jalan.

rakan kedua : Oh. sekarang diorang semua kat mana?

rakan pertama : kat ......... (tempat orang bertaubat maybe)

rakan ketiga : (dia menanyakan rakan kedua) akhi, kalau kau la kan, nak tak kahwin dengan pelacur tu.

rakan kedua : fuh! kompem tak nak. siapa nak benda kotor. aku nak yang fresh je. tak dapat nikmat la malam pertama

rakan ketiga : aku pun sama.

rakan pertama : walaupun dah bertaubat pun?

rakan kedua : a'ah.

rakan pertama : baiklah. cuba korang bayangkan. korang minat kat seorang wanita. korang amat yakin yang peribadi dia sangat cantik, baek dan solehah berdasarkan penampilan dia, pakaian mereka tanpa menyelidik apa2. tiba-tiba malam pertama korang, korang tak dapat nikmat yang korang impikan. apa perasaan korang.?

rakan kedua : malam itu juga aku ceraikan.

rakan pertama : takkan kau sanggup wat macam tu? sedangkan dia tak buat salah apa pun dengan kau?

lepas tu aku tak ingat apa yg diperdebatkan lagi...



rasa-rasanya apa motif aku?


kadang-kadang Allah memberikan kita suatu yang negatif untuk kita fikirkan dan menyelesaikannya secara positif...dengan kata lain, setiap yang berlaku ada hikmahnya. dan kita perlu selalu pohon keampunan, taubat, pertolongan, dan segalanya hanya dari Allah. sesungguhnya Allah telah menjanjikan macam-macam nikmat kepada hamba-hambanya. dengan syarat kau mengakui kau hamba dan AKU tuhanmu. dan kau berusaha mendapatkannya dengan tekun dan sabar.... ان الله لا يخلف الميعاد

tapi macam mana pula dengan orang kafir??dorang boleh je dapat apa yang dorang mahu tanpa beriman?

ketahuilah dunia hanya sementara... dan aku petik hadis nabi secara mafhum "dunia adalah syurga bagi orang kafir dan penjara orang islam." berusahalah mendapat kejayaan untuk mendapat kehidupan yang kekal abadi...

firman Allah :

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ
وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


Vile women are for vile men , and vile men for vile women . Good women are for good men , and good men for good women ; such are innocent of that which people say : For them is pardon and a bountiful provision .

berusahalah mendapat bidadari di syurga...
jika mahukan yang baik. jadilah yang terbaik...



Soalan cepu emas untuk wanita....!

1. ape perasaan korg apabila dimadukan? dan ape korg akan buat???

2. adakah korang akan sudi menjadi isteri no 2 atau 3 atau 4 ???

3. korg sdg bcinta ngn sorg mamat ni. ko xtau die da kawen. yg korg tahu die single. pas 2 3 bulan korg kahwen, isteri no 1 dia dtg kt kediaman korg n serbu korg. apa perasaan korg dan ap korg akan buat???
Tahun baru ISLAM
1 muharam 1432 = 7 DEC 2010

بسم الله الرحمن الرحيم..




firstly, selawat dan salam buat baginda sallallahualaihiwasalam dan juga para ahli bait serta sahabat2 baginda...


secondly marilah kita sama2 menghadiahkan untuk rasulullah sallahualaihiwasalam sebuah "alfatihah" atas jasa dan pengorbanan beliau untuk islam terhadap umat2nya......


n thirdly ak ingin ngucapkan salam ma'al hijrah wat pengunjung2 yg dihormati... assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...selamat tahun baru islam!

seperti yang kita tahu bermulanya hari pertama dalam takwim islam adalah dikira dari titik penghijrahan umat2 islam atau para sahabat dari kota mekah ke kota madinah atas perintah rasulullah sallahualaihiwasalam untuk mengembangkan dan mengukuhkan agama Islam di kota madinah,,,,kalau dgr tentang sejarah penghijrahan ni bnyk benda2 mahmudah yg bley kita dapati.. nak lbey lanjut cari dkat blog2 yg menulis akannya. xbes la kn cerita bnde same... btw kalau xsilap aku takwim ni dikuatkuasakan oleh saidina umar radiallahuanhu pd zamannya...(klu salah tolong betulkan)...

selalu kalau sebut je tahun baru setiap orang ataupun sebahagian orang akan memasangkan niat atau azam baru. tp umat islam hari ini tidak ramai mengendahkan tahun baru islam malah "dipuja2" tahun baru masihi... ada 2 yg xambil berat langsung ttg tarikh islam. Btol x? bler tanye "ari ni bpe aribulan?" "7 december 2010"... "bulan islam?" "ntah..."tahun bpe ye skrg?" " xtahulah...xpernah tahu n ambil tahu"... masyaAllah... hebat umat islam zaman sekarang..

antara amalan sunatnya ialah puasa di hari terakhir tahun itu disertakan puasa hari pertama di tahun berikutnya .... disamping membaca doa akhir dan awal tahun,,,


Doa akhir thun...


doa awal tahun...





akulah org yg xambil tahu ttg tarikh islam...tp same je kot tarikh masihi pun..ak mmg xsuke amik tahu pasal tarikh ("hari ni")...hatta ("hari ni") hari ape pun ak xthu....kecuali kalau ada org bgtau atau reminder fon atau ak terpandang tarikh di blog ni....itulah care aku mengharungi kehidupan.tp alhamdulillah Allah memberi aku satu bnde baru(nikmat) dalam tahun baru ni...pada mulenye ak mmg xde mood duk umah lepas hntar member2 my bro ke stesen ktm n terminal 1...jd xtentu arah. resah dan gelisah. tetibe lak nk memberontak.lepas bpe minit 2 terdengar plak azan.terase plak dah lame aku xsinggah masjid. waktu 2 hati aku tergerak nk ke masjid...lepas solat asar imam memberitahu agar hadir ke masjid awal 10 minit untuk membaca doa akhir tahun. time 2 ak tsentak. aik da hbs da zulhijjah?punyela teruk aku ni.dan dgn semangat yg berkobar2 balik je umah, aku terus mandi, siap2 dan terus pergi masjid balik..dan inilah kali pertama ak dapat doa akhir dan awal tahun.. subhanallah.alhamdulillah,lailahaillallah.allahuakbar.

lepas doa awal tahun masjid ade wat tazkirah yg dibimbing imam 1. dan itulah kali pertama aku mendengar imam 2 tazkirah selama aku berkunjung ke masjid 2... bley tahanla penjelasan die cme xbpe jelas suarenye. . cme ak teringat beberape perkara yg ditekankan.

4 jenis org yg mendapat kecelakaaan dr Allah..

1. org yg melupakan dosa2 lamenye terus dr die mule baligh sehingga hari ini tanpa memohon ampun dan bertaubat,

2. org yg merasakan segala amalannya diterima Allah sedangkan Allah tidak "pasti" untuk menerimanya.

3. org yg membanding-bandingkan amalannya dgn org laen

4. aku terlepas...(xdgr.) careless. carilah.

Dan selame ak blaja stam ak hanye tahu 3 jenis nafsu.( amarah bissu', lawwamah, mutmainnah. )tp dalam tazkirah ni ak mengenai lagi 4.ia terbahagi pd 2 bahagian.yg baik n yg buruk,yg baik ada 4 dan yg buruk ada 3.

baik (ranking ahli syurga)

1. nafsu mutmainnah

2. nafsu raudiah

3.nafsu kamaliah

4. nafsu mardiyah

buruk (msh ranking ahli neraka)

1. nafsu amarah bissu'

2. nafsu lawwamah

3. nafsu marhamah

kalau nak thu lbey lanjut ttg maksud nafsu2 ni layari laman web : http://wana93.wordpress.com/2009/08/31/jenis-jenis-nafsu/ dan ini http://irdy74.multiply.com/recipes/item/7

dan alhamdulillah malam maal hijrah ni para jemaah di masjid qariah sikamat agak ramai walaupun x standing org yg pergi ke mane2 dataran untuk menyambut tahun baru masihi. "jika hari ini adalah hari manusia nmpak hikmahMu serta kebesaranMu ya Allah jadikanlah hari2 lain seperti hari ini..." ni lah doa ak setiap hari khamis kerana hari khamislah org ramai dtg ke masjid untuk bacaan yasin. doa inilah ak bace setiap kali tarawikh kerana IANYA LEBIH BESAR DARI MENUNAIKAN SOLAT YANG WAJIB SECARA BERJEMAAH. dan doa ini aku baca pd maal hijrah kali ni.....semoga dikabulkan.

asar td lepas taklim bersama2 geng tabligh . seorang pak cik berkata (membuat laporan):

malam tadi para syaitan menangis2...

dan 2 sbb syaitan2 itu menangis.

1. dia menangis kerana setahun dia cuba menyesatkan anak cucu adam tp pd hari ini mereka dapat memohon keampunan serta taubat kepada Allah

2. para syaitan menangis kerana hari ini anak cucu adam berdoa agar dilindungi dr gangguannya untuk tahun baru ini...

masyaAllah...

(ni la kelebihan maal hijrah dan jgn lah beri syaitan gembira semula untuk awal tahun masihi. nauzubillah min zalik...)

قال الله تعالى : "وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللّهِ يَجِدْ فِي الأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلى اللّهِ وَكَانَ اللّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

(100) سورة النساء

dan barang sape yg berhijrah (ke arah kebaikan) pada jalan Allah nescaye ia akan dapat di bumi ini perlindungan yg luas(tmpt berhijrah) dan (rezeki) yg bnyk... dan barangsiapa yang keluar dari rumahnya berhijrah kerana Allah dan Rasulnya kemudian maut mendatanginya (seblum smpai ke tmpt yg dituju) sesungguhnya Allah telah menetapkan ganjaran/pahala baginya (disisi Allah). dan Allah maha pengampun dan maha penyayang...

berhiburlah dengan nasyid ni...

semoga kita mampu mengubah diri kita menjadi lbey baek dan terbaik... “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11 . dan harapan agar apa yang korg azamkan dapat dilaksanakan dan tercapai.

semoga perjalanan hidup kita sentiasa dirahmati Allah... insyaAllahurobbul alamin.

"jika kita mencari Allah dengan cara berjalan nescaya, Allah akan datang pada kita secara berlari"

wallahualam

"aku yg sdg belajar mengenal 'kesempurnaan' dalam solat..."

ayah aku selalu cakap... " kesempurnaan solat adalah solat berjemaah yg dilakukan pada waktunya, disertakan niat yg ikhlas dan hati yg khusyuk disamping menjaga tertib dan rukun solat... "

kita selalu dgr pesanan imam sebelum solat :

sehingga hari ini aku tertanya2 ???
(gambar contoh)
apakah sperti ini yg dikatakan "lurus dan rapatkan saf..."


(gambar contoh)
dan seperti inikah yg difahami bangsa melayu ttg kalimah "lurus dan rapatkan saf?"


(gambar contoh)
dan adakah "lurus dan rapatkan saf" mempunyai jarak seinci mahupun sejengkal atau sehasta??


aku bukannya pandai, ak bukannya berilmu, ak bukannya para ilmuwan, aku bukannya ustaz, aku tidak setaraf dengan imam2 masjid dan bilal serta ahli ajk masjid. mereka orang berilmu dan mereka lbey hebat... sebab itu aku masih keliru dan tertanya2...


"aku harap para pengunjung dapat meluangkan masa untuk menonton video ini...dan tontonla dahulu baru baca isi2 dibawah"




perhati gmbr dibawah
(bahu dengan bahu. tumit dengan tumit.)

aku bukannya para ilmuwan. namun setiap orang mahukan benda yg dimiliki adalah yg plg sempurna...contoh : kita ingin membina sebuah rumah untuk tinggal di dalamnya. "adakah kita mahukan rumah tersebut mempunyai tiang2 yang kukuh disertakan simen, konkrit bagai dan dijamin akan kekal teguhnya sehingga kiamat ataupun kita mahukan rumah yg mempunyai tiang2 yg reput yg hanya bley digunakan tuk 2 3 hari...???"

begitu juga dengan solat kita. kita mahukan segalanya terbaik, jd lakukan yg terbaik untuk mendapatkannya....



jadi untuk mentarbiyah diri,keluarga dan masyarakat utamakan solat (secare berjemaah ditambah amalan2 sunat) dsamping bacaan quran serta memahaminya. dan Jagalah "kesempurnaan" dalam melakukan ibadah. InsyaAllah.


try lawat blog2 di bawah ni. maybe lg tepat, padat, dan lengkap... btw sebaik2 ilmu adalah ilmu yg berguru...so tanye yg lbey pakar. mohon maaf atas segala kekhilafan. yg baek dr Allah yg xbaek dtg dr kelemahn diri ak yg serba kekurangn ilmu. (wallahualam)


http://qasolatjemaah.blogspot.com/2009/01/kepentingan-melurusrapatkan-saff.html (yg ni bnyk dalil2 kpntgn meluruskan dan merapatkan saf)

Mafhum

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya: “Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan” (Riwayat Bukhari)

__________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Aku belum pernahmelihat sesuatu permandangan yang lebih mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur“ (Riwayat Tarmizi)

__________________

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah, maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya“ (Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba sebelum nyawanya sampai di kerongkong” (Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” (Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

_______________________

Dari Abdullah bin Amru Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah“ (Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya”(Riwayat Bukhari)

____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa” (Petikan kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang semakin bertambahilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan“ (Petikan kitab Imam Ghazali)

_____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Yang paling beratmenerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

____________________________

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya: “Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan” (Riwayat Bukhari)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Orang yangmemulakan memberi salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takabbur“ (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi dia tidak terburu-buru dengan mengatakan “Aku telah berdoa tetapi belum juga dimakbulkan”

(Riwayat Arba’ah)