Iklan

assalamualaikum... buat para tetamu ya... mungkin ada ada yg ingin mengiklankan blog masing2 atau ad yang ingin saya bantu akan busnessnya... jadi saya sediakan ruangan ini untuk kalian bisa memanfaatkannya.. jadi untuk sebarang pengiklanan boleh diajukan di emel ini han_nafi1992@yahoo.com .
iluvislam
Portal BALADI

Followers

Pesta Buku Kuala Lumpur 2011

Location : Dewan Tun Husein Onn PWTC
Date : 27 April 2011

Salam... (uit malas nampaknya tu nak tulis salam secara ikhlas)... baiklah... assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... (diiringi senyuman yang penuh keikhlasan..)

theme : Biar gambar yang berkata-kata :)

apa khasiatnya??? inilah kitab pertama yang memukau pandanganku ketika itu... :)

nak tiru idea orang. tapi masih belum dapat komposisi yang baik.

rasa-rasa nak jadi kaya... try belu buku ni :)

rasanya kedai buku ni paling sesak... espcially penuh dengan pelajar2 sekolah. orang malaysia terbaik...


Kek??? Parti??? aku tak ingat majalah apa tapi tak silap aku dorang celebrate ulangtahun majalah 2...

aku tak kenal mak cik ni...(maaf jika agak tidak sopan atau kasar) tapi yang penting dia sedang memberi sedikit motivasi pada kanak2 yang lalu lintas di depannya.

pupuklah semangat membaca dalam diri anda ye... insyaAllah.. hehe... (em diri sendiri pun malas nak membaca :p)


nak lebih lagi silakan add facebook saya... and at least dah lihat entri2 baru bagila komen, paling 'koman' pun tekan button like or unlike...pun da memadai... wallahualam.. :)

Umrah n Muqabalah

Medina - Mecca
8-20 April 2011

Assalamualaikum... hari ini aku nak cerita yang aku telah jejak di tanah suci (haramain)... alhamdulillah... setiap orang ada hasrat dan impian... dan mungkin ianya satu hayalan atau menjadi satu kenyataan... tangisan ku menjadi penawar... :)

Ini adalah masjid airport tempat kami dihalau oleh pengawal airport... nasib 'mat itam' cool :p

bagi yang tidak pernah menjejakkan kaki di masjid nabi, ini lah dia... kalau tak silap aku ini tiang2 belah sana sedang mengembangkan payung... memang unik reka bentuk masjid ini... dan diceritakan bahawa setiap satu tiang tersebut dianggarkan berjuta2... masyaAllah...takpe arab saudi kaya :p

apa perbezaan karpet merah dan hijau..?
Rasa2nya pernah tak dengar hadis ni : NABI SAW PERNAH BERSABDA YANG BERMAKSUD: “DI ANTARA RUMAH KU DAN MIMBAR KU ADA TAMAN RAUDHAH DAN TAMAN-TAMAN DARIPADA SYURGA”.

firsttime makan daging unta... hari sebelumnya makan hati unta... pergh... 2 3 kali kunyah keluarkan balik... dan time ni aku dapat satu ilmu... pabila makan daging unta perlulah berwudhuk semula... nak lebih kepastian besertakan dalil tanyalah pada yang pakar... :)


dari kanan akhi hilmi, akhi farid, n akhi udzair... dan tidak lupa akhi hanif dan akhi mahfuz... mereka banyak membantu aku dalam mengharungi detik2 berada di madinah serta umrah dan muqabalah... terima kasih korg... senior yang sporting...

ni kubah masjid nabi atau famous dengan panggilan haram...

ramai tak ramai orang mengerjakan umrah pada waktu ini... mungkin seperti musim haju dan bulan ramadhan... masyaAllah makin hebat umat islam masa kini sanggup bekorban wang, masa, tenaga demi menjejakkan kaki di tanah suci... barakallah fikum
"proud to be muslim"

Haha... Jangan Marah... tak sengaja kot :p

aku suka gila compo ni... nasib 6120 c... :) btw cahaya di langit itu adalah cahaya bulan... memang takjub melihat bulan di sini... seolah2 jika kita panjat gunung ia berada di hadapan untuk beberapa kaki... sungguh jelas...

ops ninja membeli tasbih djadikn senjata... haha... gurau je mak cik eira... :) ni kawasan jabal rahmah... orang kata nak cari jodoh makbul di tempat ini... orang kata lah kesahihan wallahualam... yang penting kita usaha dan doa... Allah dah janji... jika engkau memohon doa kepada Aku, Aku akan makbulkan... so tidak terhad... kita pun selalu lafaz "iyyakana'budu waiyyakanasta'in"

pengembala unta sedang giat memerah susu untuk dihidangkan untuk kami... layan gak susu nya...

Harap2 aku kenal ngan orang ni... semangat tulis nama kat batu ni... barangkali nak membuktikan bahawa dia pernah menjejakkan kaki disini....
tempat ni dinamakan hudaibiyah... mungkin korang dah biasa dengar sejarah hudaibiyah dengan pembukaan kota mekah... dan tempat ini adalah salah satu tempat miqat untuk ahli mekah....


alhamdulillah bertemu juga aku dan mak yah...

ini adalah keluarga yang mengikut travel ini... dari kiri habib, ustaz idris, pak cik zainal, ayie, mak cik eira dan aku xthu name akak 2... yg si kecil bernama hilmi.... mereka sangat sporting...

menunggu selama 4 jam di airport jeddah untuk berangkat pulang

asalnya kami pulang dengan kuwait airways... namun ditukar saat2 akhir untuk menaiki mas airlines... cuma aku mengharap juga untuk transit dimana2 dalam tempoh lebih 24 jam... tapi nak wat camner bukan rezeki.... btw alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang... :)

ya Allah aku amat berharap dapat menjejakkan kaki ku semula ke tanah sucimu ya Allah... dan izinkanlah aku menuntut si univesiti islam madinah ya Allah... aku rindu sangat sama tempat ini... amin ya Rabb

lupa nak beritahu bahawa start gambar no 2 sehingga no 8 diikuti no 12 hanyalah camera fon nokia 6120c., so fham2 la akan kualitinya :)
sekian.

Jordan

Transit @ Amman
7 april 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini aku ingin menceritakan pada semua yang sudi melawat blog ini bahawasanya aku (ahmadhanafi) telah menjejakkan kaki di bumi jordan... haha (gelabah sikit kot :p)
kalau nak tahu inilah bendera jordan dan aku pun sebenarnya baru tahu setelah menjejakkan kaki disini... by the way aku bukanlah penduduk jordan melainkan hanya seorang pelancong untuk beberapa jam... jadi aku tidak tahu untuk menceritakan sejarah negara ini atau keistimewaannya. mungkin boleh google atau tanya penduduk-penduduk di sana... :)


aku selalu berhasrat untuk mengenggam awan :)


rezeki musim sejuk... namun ia adalah peralihan ke musim panas...

cube dekat kan mata dengan screen monitor... atau tekan right-click and open new tab... apa yang anda saksikan... ini lah keistimewaan batu ni....

dari kanan habib, zakwan, aku dan zahid... maka disini lah kami berempat reunion... hope dapat lebih ramai lagi ahmadianz (stam 2010) berkumpul disini and maybe ke morocco pula then mesir dan mana tahu rezeki di madinah pula... insyaAllah :)

aku malas nak bercerita panjang... biarlah gambar yang berkata-kata...;p
mahukan melihat lebih lagi gambar aku di jordan maka addlah facebookku...
sekian... :)



Tawajjuh

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

ehem... ehem... agak malu untuk menulis semula... haha... :)
agaknya sudah sebulan lebih aku tidak membuka blog ini malah menjenguk pun tidak...
sebenarnya aku agak muak, bosan, atau sewaktu denganya tentang 'mengupdate' blog ini...
sebab apa??? sebab aku keliru dengan apa aku buat... (alasan kurang pandai)
aku tertanya pada diri aku, kenapa aku buat blog ni....
mungkin sbb terikut rakan-rakan lain yg mempunyai blog??? (tiada pendirian langsung)
atau mungkinkah untuk mengisi masa lapang??? (baca al-quran lagi bagus)
mungkin juga ingin bkongsi ilmu agama dsamping bdakwah??? (ilmu 'takda' hang nak kongsi apa?)
berkongsi cerita dan pengalaman hidup??? (gedik je... takkan seluar dalam hari ni nak bercerita)
sebab ingin bkongsi seni fotografi aku??? (tak payahla... bukan pandai pun)
("jadi buat apa harus aku memiliki blog ini...?")


haha... ketepikanlah dahulu soalan yang berada dalam kurungan ni ("......")
biarlah ia terjawab dengan sendirinya...
cuma aku terharu dengan kehadiran orang yang aku tidak kenal memberi semangat untuk aku terus menulis atau berkongsi maklumat... tak tahu lah samaada ianya satu keikhlasan atau cuma mempromote blog masing-masing... ops jahat gila mulut hanafi ni... by the way, thank you for supporting me... (cet dari tadi poyo bahasa inggeris ni.) haha... :p

tiap-tiap hari aku melalui suatu pengalaman, tidak kesah samada rasanya seperti peria mahupun gula... cuma aku ingin mengingatkan diri aku bahawa pengalaman mengajar erti kehidupan... :)

satu perkara yang aku perolehi berapa hari yang lalu tentang kalimah 'توجه', tawajjahu dari segi bahasanya ialah orientasi...
orientasi? what do you mean hanafi ???
what i mean is 'خلوص النية' ... kho baris depan khu, lam baris depan lu, wau sukun luuu, sod depan su(kembong pipi)... 'khulusun niah' ertinya mensucikan niat...

kenapa tiba-tiba hanafi bercakap pasal niat???
aku pun tak tahu, cuma aku terfikir apakah pokok durian akan wujud jika tiada benihnya??? :)

NIAT?? rasanya semua orang tahu tentang hadis "sesungguhnya amalan itu dengan niat"
cuba buka link ni kalau nak hadis dan terjemahan yang lengkap : http://kembaracinta1.blogspot.com/2011/02/setiap-amalan-itu-dengan-niat-1.html

ayah aku selalu berpesan " dalam setiap apa yang kau lakukan, inginkan, dan amal hendaklah ada dalam hati kau 3 perkara ini kalau nk ada kesempurnaan dalam pekare dlakukan ....

1. lillahi taala (kerana Allah semata-mata)
2. lirasulillah (kerana rasul Allah)
3. li jihadi fi sabilillah... (kerana jihad di jalan Allah)

insyaAllah kau akan dapat apa kau ingin dan kejarkan... kesempurnaan ibadah,amalan,kemahuan juga merujuk kepada kesempurnaan niat...

suatu hari aku menggode/membelek fon aku. lalu terbuka satu note yang entah bila aku taip

manusia lemah kerana tiada ilmu
ilmu lemah kerana tidak di amal
dan amal lemah kerana tidak ikhlas...

jadi belajarlah untuk mengikhlaskan niat...

niat yang ikhlas akan menjadikan kita hamba yang tawadhuk dan sentiasa bersyukur...

wallahualam...


Mafhum

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya: “Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan” (Riwayat Bukhari)

__________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Aku belum pernahmelihat sesuatu permandangan yang lebih mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur“ (Riwayat Tarmizi)

__________________

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah, maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya“ (Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba sebelum nyawanya sampai di kerongkong” (Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” (Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

_______________________

Dari Abdullah bin Amru Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah“ (Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya”(Riwayat Bukhari)

____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa” (Petikan kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang semakin bertambahilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan“ (Petikan kitab Imam Ghazali)

_____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Yang paling beratmenerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

____________________________

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya: “Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan” (Riwayat Bukhari)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Orang yangmemulakan memberi salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takabbur“ (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi dia tidak terburu-buru dengan mengatakan “Aku telah berdoa tetapi belum juga dimakbulkan”

(Riwayat Arba’ah)