"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)
Tudung 'Mickey Mouse'


Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.
Tudung Lilit


Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
Tudung 'See Through'
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.
Tudung Jambul

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)
Tudung 'Singlet'


Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.
Tudung Saji

Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
- Pakai Tudung kerana Paksaan
Kebiasaannya golongan ini akan memakai tudung, tapi pakai t-shirt, ada pulak yang lengan pendek.. Golongan ini memakai tudung kerana dipaksa oleh ibu bapa, dan mungkin malu dengan rakan-rakan, lebih-lebih lagi kalau dia bersekolah agama.. (kalau yang pakai tudung dekat sekolah je, tu tak payah cakap la, sengal namenye.. huhu).. - Pakai Tudung kerana Populariti
Bercerita tentang populariti, biasanya kita fokus dekat artis lah.. Kalau kita tengok dekat malaysia, tak ramai artis wanita yang memakai tudung.. yg pkai tudung plak dpt name. tudung waheeda.tudung arini. tudung ikin macam2 la...maybe langkah dorg tuk bdakwah.. tp xkena tmpt kot. Katanya, artis wanita alim bertudung.. Bangga pulak masuk tajuk camtu dalam surat khabar kan.. Astaghfirullahal adzim..yang org bese plak konon ikut gaye artis btudung style la...hak tuih.. - Pakai Tudung kerana Akuran Perintah Allah
Korang sendiri pun faham kot.. Golongan macam ni biasanya memakai tudung labuh menutup dada, dan biasanya menjaga akhlaknya, insya’Allah..

No comments:
Post a Comment