Iklan

assalamualaikum... buat para tetamu ya... mungkin ada ada yg ingin mengiklankan blog masing2 atau ad yang ingin saya bantu akan busnessnya... jadi saya sediakan ruangan ini untuk kalian bisa memanfaatkannya.. jadi untuk sebarang pengiklanan boleh diajukan di emel ini han_nafi1992@yahoo.com .
iluvislam
Portal BALADI

Followers

Perkongsian Nota

Sunway Pyramid
7 Jun 2011

Sharing is Caring . Caring is Loving.
Sharing is Loving
Fuh mantiq... tak ingat bab apa...
Makin Lama tinggal ilmu makin berkarat otaknya..

Fuh lama gila tidak bertemu budak2 mia...
hari ini diberi peluang untuk bertemu daey dan amir.
walaupun tidak semua namun terubat juga rindu di hati ini...
(ayat nak gay je) :D

point yang sangat berguna.
=solat dari segi bahasa ialah doa.
=solatlah kamu sebelum diisolatkan.
=solat adalah tiang agama. siapa yang mendirikannya maka dia telah mendirikan agama, dan barangsiapa meninggalknnya maka dia telah menghancurkan agamanya...
=ya Tuhanku , jadikan aku orang2 yang mendirikan solat dan juga dari kalangan kaum keluargaku...
=antara beda lelaki islam dan kafir adalah meninggalkan solat.


di sini aku ingin kongsi tip2 kejayaan. nak amik silakan tak nak xpe memang aku bukan motivator mahupun profesor.

1. Jaga hubungan dengan Allah.
2. Jaga hubungan dengan ibu bapa
3. Jaga hubungan dengan orang lain
4. Ikhlas dalam melakukan setiap perkara
5. Berusaha bersungguh2 membuat sesuatu
6. Mempunyai strategi dan plan.
7. Berdoa
8. Tawakkal.
9. Istiqamah

nota oh nota... s
ehabisnya stam baru harinilah aku melawat hasil nota2 yang pernah ak buat..
rindu pula kenangan stam...
melalui nota ini korang tahu my technique is mind mapping...
cara pembelajaran mudah.
alhamdulillah aku telah buktikan.
bukanlah niat aku nak menunjuk
tapi ingatlah jikalau kita tiada usaha maka tiadalah impian itu...
btw aku telah serahkan nota ini ke daey
n hope ko paham tulisan aku, ringkasan aku dan belajar sungguh
mencapai keputusan mumtaz...

korang memang bes... hope pasni boleh jumpa lagi dan harap bertambah lagi jumlahnya :)

malam2 balik sorang2... xtau nak men ap las2 buat menatang ni... men men lampu jalan dan bokeh je.... ok kot... ad gambar no 3 lampu tesenyum :)

apapun ingin melihat foto lagi sila ke photoghedixxx... :p
sekian.

Kenduri Cikgu Leena

Kelantan Darul Naim
3-4 Jun 2011

baru 3 4 hari pulang dari kedah trip ke kota bharu menjelma.
ade ape kt sne?
niat asal adalah untuk menghadiri kenduri kawin bekas cikgu matematik aku
cikgu norlina derasit
disamping menemui member2 yang berada di kelate...
memang rindu gila dorang...

1st thanxs to hafiz coz jemput aku pagi2 di hadapan billion ,
pukul 5 lebih time azan subuh.
then bagi aku tumpang rumah kau sekejap...
then bawak aku ke pasar wakaf che yeh...
masuk perkampungan bagai...
memang best.


2nd thanxs to ceghah...
bagi aku tempat tinggal.
package skali drive kenari...
dsebabkn aku wt spoil kt kenari 2 jadi aku susun 10 jari mohon maaf...
(nasib xkuar duit)
jasa kau memang ku kenang...
sampai sekarang aku tak terbalas jasa ko...
ak bersyukur dapat kawan seperti ceghah...



dan secara xlangsungnya
aku telah menjadi photographer tuk sesi nikah cikgu aku...
petang sebelum penikahan tangan aku tergerak tuk col cikgu
tetiba cikgu minta jadi photog
coz memang tak ada dalam package penikahan OP..
pelik gler coz OP tersebut cuma digunakan masa majlis resepsi sahaja.
nasib firasat aku untuk membawa speedlight ke kelantan sgt tepat...
hehe :)



maaf cikgu kalau tak berapa cun gambar... memang time 2 faham2 la... secara terkejut dan tak prepare apa2... otak pun agak blur... hehe...
cuma saya ucapkan selamat pengantin baru
barakallah lakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khoir... :)

sinaran iman mungkin :)

this picca i like...


hoho...
rindu la korang...
and thanxs coz banyak tolong aku...
'ayat nak syahdu'
jasa korang akan dikenang selalu....
semoga Allah merahmati kita semua....
insyaAllah...

Majlis Pernikahan Haikel n Syahira

Kedah Darul Aman
Kota Sarang Semut
28-29Mei 2011
bak haaaaaaaaaaaaang... :D

kenapa p kedah????
Janji dengan kucai sampai sekarang masih tak jejak ke baling...
btw ada juga rezeki untuk kesana...
thanxs 2 ahmad irsyad kerana sudi mengajak aku tag his job.
syukran ...
memang excited gila kerana ini adalah kali pertama aku jejakkan kaki ke bendang..
rasanyala... bak aaaaaang.....
fuh seronok.
dan lagi meronok-ronokkan pabila pengantin memang sporting gila.
act ni juga pengalaman pertama aku shoot di sawah,
suruh pengantin posing bagai ,
rasa cam dah lama kenal...
salam pekenalan buat zaf , n acik .. korang memang cool gler
n bertuah dapat bekenalan ngan bro haikel n sis syahira...
memang baik n cool...
tabik spring ngan korang and famili.
n terima kasih pak cik n mak cik coz izinkan menginap di rumah anda
siap jemput di stesen bas lagi... hehe...








ok la ni antara hasil kerja aku as a beginner photographer.
dorang ni memang photogenik(btol ke ejaan ni. bantaila)
seronok bekerja ngan mereka.
mood sentiasa ok...
cuma kalau ada yang kureng tu saya mohon maaf ye.

act aku segan nak post gambar then letak watermark lagi
'photo by : amadnafee'
bajet power je
orang kata tak cuba tak tahu.
malu tak bertempat rugiiiiiiiiiiiiiiii....
but i just try my best.
ops abah aku ada pesan
dont say I'll try my best but I'll do my best...
and i've done my best...
hope pengantin dan para pengunjung akan suka ngan karya aku
dan mulai ini sesiapa perlukan photographer
yang agak murah kosnya boleh dial ke nombor ini
0176014802 .
cuma untuk bisnes ok.
dan jangan lupa sesiapa rasa ada fb boleh lawat ke page ini
1. ecadphotography
2. photoghedixxx
jangan lupa klik like ke page itu..
act lain admin.
cuma usha2 la hasil karya dorang. "
kot ada yang korang berkenan tuk jadikan photographer hari bahagia korang.

apa2pun semoga Allah merahmatiku :)
dan saya ucapkan selamat pengantin baru
barakallah lakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khoir
maaf jika ada terlanjur kata, tersilap bahasa dan sebagainya
sekian.

wanita oh wanita

(Sekadar gambar hiasan)

Sejak dua menjak ni rajin pula aku berblog ini... tah apa semangat yang datang ni. tapi bila ada gambar jadi seronok untuk membuat entri2 baru. (kene pula gambar snap sendiri... puyussss :p)

aku takut + segan untuk menyatakan aku seorang photographer.
setakat ada camera sebesar batu bata
bukanlah bermakna aku pandai amik gambar pro bagai..
tapi tak menjadi masalah untuk seseorang itu menuntut ilmu.
dan ilmu Allah itu luas.
Jadi peluang , anugerah dan kesempatan yang ada tak salah untuk kita amati.

this talent ialah kakak member aku, nat.
saje2 shoot alang2 bawa batu bata tu...
ala2 black and white tapi tak tepat rasanya.
just low saturation.

point aku pada entri kali ini ialah
tentang status aku di facebook
yang dicopy dari status ustazah aku.
tentang jawaban
seorang tokoh ilmuwan islam
iaitu
Al khawarizmi.
semestinya anda semua mengenalinya
atau boleh tanya ke encik google mahupun puan wikipedia
akan sejarah pejalanan hidup beliau.
yang pasti beliau adalah seorang ahli matematik.

tatkala beliau (alkhawarizmi) ditanya tentang WANITA YANG BAIK,
lalu beliau menjawab...

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 dibelakang 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada,
maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali "0"...
pikir2kn laaa...;)

Wah tak perlu susah2 nak bagi jawapan. Hanya disangkal dengan kaedah matematik…
dan mungkin selaras dengan hadis nabi sallahualaiwasalam.

hadis nabi???? apa kaitan?

tanya pada yang pakar
ustad, ustazah, syeikh2 di luar sana.


cuma alangkah indah jika ada wanita seindah itu.
menemani hidup ini...
mungkin seindah bidadari di syurga.
menyinari kegelapan menyelubungi diri :p


allahumma inni as'aluka hubbaka wa hubba mai yuhibbuk. wahubba amaliiy yuqaribuna wayuballighuna ila hubbik. Allahu ya muqallibal qulub. thabbit qulubana ala dinik wa'ala toooo'atik :)

sekian :D

Valley Of The Wolves Palestine

Baru selesai menonton cerita yang menarik ini...



kenapa kau datang ke israel???
aku bukan ke israel tetapi palestin.

Takbir!!!

untuk melihat full version sila ke link ini : http://www.youtube.com/watch?v=ovnhXDNH4rw

(kalau nak lagi best download dulu buat koleksi. IDM boleh DVDsoftVideo pun ok.)

pasti korang teruja jika ada hamba Allah seperti 3 orang ini dan harap kome sedar betapa zalimnya zionis israel.

apa2 pun addua' silahul mukmin : doa adalah senjata orang beriman.
jadi jangan putus berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan
kita,
keluarga,
saudara mara,
kawan2,
dan juga saudara seislam kita yang ditindas oleh bangsa2 yang zolim...

Allahualam :)

Libur di Pantai PD

Port Dickson
21May2011


saluteeeeeeeeee....

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertahta
Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertahta...

(bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia)



Asal berjalan, makan angin, cari makan.... P.D. Ni la tempat paling mudah nak bersiar2... xperlu kos yang banyak dan masa yang lapang.... apa2 pun tetap seronok... so aku ambil kesempatan untuk promote pantai ini untuk dikunjungi.. hehe :)

my big brother... ala2 kejawaan... convert minang to jawa :)

tujuan utama adalah 'jalan2 cari makan' . so warung ni telah menarik perhatian kami.. nak try boleh tapi makan n minum memang takde pilihan... klu setakat nak lepak2 ngan member makan petang ok kot... kalau sedap say alhamdulillah kalau kureng tu simpan je la dalam hati :p

seronok amik gambar budak2 ni...

dan 2 orang adik beradik ni paling bes. coz dorang comel :p

sohibul qird...

my youngers sister...

da macam chess board...
air yang dicincang tidak akan putus..
semoga petalian ini bekekalan hingga ke surga...amin :)



bermain dengan bayang sendiri... gambar ini telah menjadi profile pic fb untuk smentara waktu dan background blog ini... :)

oops mungkin ad yg teruja dgn gambar2 didalam ini kn.. cewah... puyussss :p
tapi kot ada inginkan photographer untuk famili holiday ke, cukur mencukur bagai, insyaAllah saya sedia membantu.... sekian :) :D :p :))

Hari Guru Kah???

16May2011

(klik deny n play)

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

sebenarnya entri ni bukanlah khusus untuk hari guru... namun disebabkan tarikh ini adalah tarikh keramat bagi semua guru di malaysia atau mungkin seluruh penduduk bumi, jadi hamba mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari guru kepada cikgu2, ustad2, ustazah2, teacher2, yang pernah mendidik diri ini... semoga Allah merahmati anda sekalian... :)

^__________________________________^

aku tertanya, kenapa sesetengah penghuni bumi,
time besday dia kene baling tepung @ telur?
aku rase macam tak pernah baling tepung @ telur kat orang...
sume tahu setiap orang mahu mencuba sesuatu yang baru...
dan tetibe malam ini kaki aku terasa gatal nak ke kedai
malah tangan aku jua,
semata2 untuk membuang duit membeli tepung n telur...
tapi untuk apa???


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... ops terkena sudah :p
kenangan yang mungkin aku xdapat lupakan... sungguh aku tiada dalam gambar ini namun aku bebesar hati menjadi photographernya... mohon maaf jika agak keterlaluan... ingin tengok video suruh nadir upload...

ahmad kotat... da besar da ko... hepi n steady kene baling telor n tepung.... ko member yang sporting bro... semoga panjang umur ko dalam mencari keredhoan dan rahmat Tuhan. melakukan apa disuruhNYA, meninggalkan apa dilarang.

ahmad kotat juga mempunyai harapan untuk menjadi seorang guru... so aku ucapkan selamat hari lahir dan selamat hari guru buat ANTA... haha

barakallahufik :)

harini korang hepi kot baling kt orang esok luse kita lihat siapa yang kena... aku aim gler abam kucai... haha.. btw aku harap ukhwah ini akan bekekalan hingga ke surga... amin...

kekasih....


(sekadar gambar hiasan. gambar yg diambil ketika lawatan pesta buku pwtc)


Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul...
Sungguh! Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...


Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol...
Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever


Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betol...
Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala.
Pheh syoknye...


Saya sedih tengok awek saya Tak tido,
tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Dia tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...


Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu apa pun...
Berdosanye saya....


Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumpa dia giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...


P/S - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...
Semoga saya pun ambik iktibar jgak...
moga kita terhindar dari segala macam "zina"...


“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).


Wassalam...




em ak xlalui pun bnde2 gni... cume 2 la... bley jadi satu pengajaran, teladan, nasihat tuk para2 couple masa kini... wallahualam...

dipetik dari : link ini

Seminar Berpegang Kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri kali ni aku ingin berkongsi video tentang SBKAQS.
Video ni hanyalah dikongsi melalui youtube dan mempunyai 22 bahagian..
tak mampulah aku untuk masukkan semua kerana ia akan menjadikan server lembab.
so aku cuma masukkan satu dua video dan selebihnya aku akan bagi link ...
better korang download je 22 video ni.
tapi sape rase die malas nak download meh datang ke rumah aku.
tidak jadi masalah untuk copy n paste :)
cuma harap korang dengar dengan hati yang terbuka
dan yang baik itu di jadikan teladan manakala yang kurang enak di dengar dijadikan sempadan.
Allahu A'lam

Bahagian 6
Bahagian 7
Bahagian 10
Bahagian 12
ok hope korang enjoy ngan tazkirah yang diberi. sekian. wasalam :)

Indonesia

Jakarta & Bandung
30 april - 3 mei

Keluarga

(raja batuoh + siti aminah)=sarimin
((sarimin + zakaria)) = (((nurnadiar, zuiyar, maiyar, mohd zein, asni)))
nama-nama ni kira 1st-3rd generation...

so yang ada dalam gambar ni bermula dari 4th generation to 6th generation...
kiranya aku generasi ke 5...
(buat right-click and open new tab untuk mempebesarkan lagi gambar)

ni om zirman (baju hijau) anaknya 'maiyar'

cucu om zirman (bia)

ni anak2 om zirman cucu nek maiyar. 3 wanita.
dari kiri kak deszi (anak kedua)
tengah (kak zienthia) anak bongsu om zirman dan ibunya 'bia'
kanan (kak ika)
lelaki belakang 2 lakinya deszi.. baru nikah.



abg jamal famili :)
tawke londre... spe2 nk dobi kawasan bangi 'kot' boleh la berhubung dgn die...

kak mas, kak ikin, kak iza, abg jamal, abg fani
hakim n mia



akim dan mia sepupu
tapi akim,mia dan junior,nisrina kira pangkat pak cik kot.
coz junior n nisrina pangkat 2pupu ngan aku...
kalau tak faham buat2 aja faham... hehe :p


ok ni om jun n famili. anaknya 'nik asni'
isterinya tante vivie
yg boy 2 pggl junior
n yg girl xingt pggl ap... hehe :)


gambar ni setiba di klia...:)


aku mahu ucapkan jutaan terima kasih pada warga jakarta atas kesudian kamu menyambut kami disana dan mohon maaf andai ada kekurangan dan kelemahan kami... dan ahmadhanafi berharap sangat2 dapat berkunjung jakarta n bandung semula... terima kasih sangat2 pd om jun dan om zirman also ur famili... om2 mmg best... sporting gler... lepasni kot dapat jmpe nikita willi ke, rossa ke, laura bazuki ke kn... mane la tahu...haha....
dan ahmadhanafi harap om2 dapat singgah ke seremban jika tiba di malaysia walaupun seremban mmg xde tempat yg menarik tuk berkunjung kecuali rumah mohdnasir kot. :)
port dickson ok kot stakat nk mandi2 pantai...

pada pengunjung blog ni memang seronok gler indon... cme masa kami terhad. cuma 3 hari 2 malam... antara yang best apartment murah dan ada swiming pool ... sekali je dapat mandi coz esoknya seluar renang aku hilang... haha... dan kalau mahu lihat gambarnya lagi boleh di lihat di facebook dan flickr aku. mana yang sudi add tak jadi masalah, add je :) sekian wasalam :)

Mafhum

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya: “Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan” (Riwayat Bukhari)

__________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Aku belum pernahmelihat sesuatu permandangan yang lebih mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur“ (Riwayat Tarmizi)

__________________

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah, maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya“ (Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba sebelum nyawanya sampai di kerongkong” (Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” (Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

_______________________

Dari Abdullah bin Amru Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah“ (Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya”(Riwayat Bukhari)

____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa” (Petikan kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang semakin bertambahilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan“ (Petikan kitab Imam Ghazali)

_____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Yang paling beratmenerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

____________________________

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya: “Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan” (Riwayat Bukhari)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Orang yangmemulakan memberi salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takabbur“ (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi dia tidak terburu-buru dengan mengatakan “Aku telah berdoa tetapi belum juga dimakbulkan”

(Riwayat Arba’ah)