Medina - Mecca
8-20 April 2011
Assalamualaikum... hari ini aku nak cerita yang aku telah jejak di tanah suci (haramain)... alhamdulillah... setiap orang ada hasrat dan impian... dan mungkin ianya satu hayalan atau menjadi satu kenyataan... tangisan ku menjadi penawar... :)

Ini adalah masjid airport tempat kami dihalau oleh pengawal airport... nasib 'mat itam' cool :p

bagi yang tidak pernah menjejakkan kaki di masjid nabi, ini lah dia... kalau tak silap aku ini tiang2 belah sana sedang mengembangkan payung... memang unik reka bentuk masjid ini... dan diceritakan bahawa setiap satu tiang tersebut dianggarkan berjuta2... masyaAllah...takpe arab saudi kaya :p

apa perbezaan karpet merah dan hijau..?
Rasa2nya pernah tak dengar hadis ni :
NABI SAW PERNAH BERSABDA YANG BERMAKSUD: “DI ANTARA RUMAH KU DAN MIMBAR KU ADA TAMAN RAUDHAH DAN TAMAN-TAMAN DARIPADA SYURGA”.

firsttime makan daging unta... hari sebelumnya makan hati unta... pergh... 2 3 kali kunyah keluarkan balik... dan time ni aku dapat satu ilmu... pabila makan daging unta perlulah berwudhuk semula... nak lebih kepastian besertakan dalil tanyalah pada yang pakar... :)

ni kubah masjid nabi atau famous dengan panggilan haram...

ramai tak ramai orang mengerjakan umrah pada waktu ini... mungkin seperti musim haju dan bulan ramadhan... masyaAllah makin hebat umat islam masa kini sanggup bekorban wang, masa, tenaga demi menjejakkan kaki di tanah suci... barakallah fikum
"proud to be muslim"

Haha... Jangan Marah... tak sengaja kot :p

aku suka gila compo ni... nasib 6120 c... :) btw cahaya di langit itu adalah cahaya bulan... memang takjub melihat bulan di sini... seolah2 jika kita panjat gunung ia berada di hadapan untuk beberapa kaki... sungguh jelas...

ops ninja membeli tasbih djadikn senjata... haha... gurau je mak cik eira... :) ni kawasan jabal rahmah... orang kata nak cari jodoh makbul di tempat ini... orang kata lah kesahihan wallahualam... yang penting kita usaha dan doa... Allah dah janji... jika engkau memohon doa kepada Aku, Aku akan makbulkan... so tidak terhad... kita pun selalu lafaz "iyyakana'budu waiyyakanasta'in"

pengembala unta sedang giat memerah susu untuk dihidangkan untuk kami... layan gak susu nya...

Harap2 aku kenal ngan orang ni... semangat tulis nama kat batu ni... barangkali nak membuktikan bahawa dia pernah menjejakkan kaki disini....
tempat ni dinamakan hudaibiyah... mungkin korang dah biasa dengar sejarah hudaibiyah dengan pembukaan kota mekah... dan tempat ini adalah salah satu tempat miqat untuk ahli mekah....
alhamdulillah bertemu juga aku dan mak yah...

ini adalah keluarga yang mengikut travel ini... dari kiri habib, ustaz idris, pak cik zainal, ayie, mak cik eira dan aku xthu name akak 2... yg si kecil bernama hilmi.... mereka sangat sporting...

menunggu selama 4 jam di airport jeddah untuk berangkat pulang

asalnya kami pulang dengan kuwait airways... namun ditukar saat2 akhir untuk menaiki mas airlines... cuma aku mengharap juga untuk transit dimana2 dalam tempoh lebih 24 jam... tapi nak wat camner bukan rezeki.... btw alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang... :)
ya Allah aku amat berharap dapat menjejakkan kaki ku semula ke tanah sucimu ya Allah... dan izinkanlah aku menuntut si univesiti islam madinah ya Allah... aku rindu sangat sama tempat ini... amin ya Rabb
lupa nak beritahu bahawa start gambar no 2 sehingga no 8 diikuti no 12 hanyalah camera fon nokia 6120c., so fham2 la akan kualitinya :)
sekian.
No comments:
Post a Comment