Iklan

assalamualaikum... buat para tetamu ya... mungkin ada ada yg ingin mengiklankan blog masing2 atau ad yang ingin saya bantu akan busnessnya... jadi saya sediakan ruangan ini untuk kalian bisa memanfaatkannya.. jadi untuk sebarang pengiklanan boleh diajukan di emel ini han_nafi1992@yahoo.com .
iluvislam
Portal BALADI

Followers

Tawajjuh

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

ehem... ehem... agak malu untuk menulis semula... haha... :)
agaknya sudah sebulan lebih aku tidak membuka blog ini malah menjenguk pun tidak...
sebenarnya aku agak muak, bosan, atau sewaktu denganya tentang 'mengupdate' blog ini...
sebab apa??? sebab aku keliru dengan apa aku buat... (alasan kurang pandai)
aku tertanya pada diri aku, kenapa aku buat blog ni....
mungkin sbb terikut rakan-rakan lain yg mempunyai blog??? (tiada pendirian langsung)
atau mungkinkah untuk mengisi masa lapang??? (baca al-quran lagi bagus)
mungkin juga ingin bkongsi ilmu agama dsamping bdakwah??? (ilmu 'takda' hang nak kongsi apa?)
berkongsi cerita dan pengalaman hidup??? (gedik je... takkan seluar dalam hari ni nak bercerita)
sebab ingin bkongsi seni fotografi aku??? (tak payahla... bukan pandai pun)
("jadi buat apa harus aku memiliki blog ini...?")


haha... ketepikanlah dahulu soalan yang berada dalam kurungan ni ("......")
biarlah ia terjawab dengan sendirinya...
cuma aku terharu dengan kehadiran orang yang aku tidak kenal memberi semangat untuk aku terus menulis atau berkongsi maklumat... tak tahu lah samaada ianya satu keikhlasan atau cuma mempromote blog masing-masing... ops jahat gila mulut hanafi ni... by the way, thank you for supporting me... (cet dari tadi poyo bahasa inggeris ni.) haha... :p

tiap-tiap hari aku melalui suatu pengalaman, tidak kesah samada rasanya seperti peria mahupun gula... cuma aku ingin mengingatkan diri aku bahawa pengalaman mengajar erti kehidupan... :)

satu perkara yang aku perolehi berapa hari yang lalu tentang kalimah 'توجه', tawajjahu dari segi bahasanya ialah orientasi...
orientasi? what do you mean hanafi ???
what i mean is 'خلوص النية' ... kho baris depan khu, lam baris depan lu, wau sukun luuu, sod depan su(kembong pipi)... 'khulusun niah' ertinya mensucikan niat...

kenapa tiba-tiba hanafi bercakap pasal niat???
aku pun tak tahu, cuma aku terfikir apakah pokok durian akan wujud jika tiada benihnya??? :)

NIAT?? rasanya semua orang tahu tentang hadis "sesungguhnya amalan itu dengan niat"
cuba buka link ni kalau nak hadis dan terjemahan yang lengkap : http://kembaracinta1.blogspot.com/2011/02/setiap-amalan-itu-dengan-niat-1.html

ayah aku selalu berpesan " dalam setiap apa yang kau lakukan, inginkan, dan amal hendaklah ada dalam hati kau 3 perkara ini kalau nk ada kesempurnaan dalam pekare dlakukan ....

1. lillahi taala (kerana Allah semata-mata)
2. lirasulillah (kerana rasul Allah)
3. li jihadi fi sabilillah... (kerana jihad di jalan Allah)

insyaAllah kau akan dapat apa kau ingin dan kejarkan... kesempurnaan ibadah,amalan,kemahuan juga merujuk kepada kesempurnaan niat...

suatu hari aku menggode/membelek fon aku. lalu terbuka satu note yang entah bila aku taip

manusia lemah kerana tiada ilmu
ilmu lemah kerana tidak di amal
dan amal lemah kerana tidak ikhlas...

jadi belajarlah untuk mengikhlaskan niat...

niat yang ikhlas akan menjadikan kita hamba yang tawadhuk dan sentiasa bersyukur...

wallahualam...


No comments:

Post a Comment

Mafhum

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya: “Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan” (Riwayat Bukhari)

__________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Aku belum pernahmelihat sesuatu permandangan yang lebih mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur“ (Riwayat Tarmizi)

__________________

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah, maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya“ (Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba sebelum nyawanya sampai di kerongkong” (Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” (Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

_______________________

Dari Abdullah bin Amru Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah“ (Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya”(Riwayat Bukhari)

____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa” (Petikan kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang semakin bertambahilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan“ (Petikan kitab Imam Ghazali)

_____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Yang paling beratmenerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

____________________________

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya: “Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan” (Riwayat Bukhari)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Orang yangmemulakan memberi salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takabbur“ (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi dia tidak terburu-buru dengan mengatakan “Aku telah berdoa tetapi belum juga dimakbulkan”

(Riwayat Arba’ah)