Iklan

assalamualaikum... buat para tetamu ya... mungkin ada ada yg ingin mengiklankan blog masing2 atau ad yang ingin saya bantu akan busnessnya... jadi saya sediakan ruangan ini untuk kalian bisa memanfaatkannya.. jadi untuk sebarang pengiklanan boleh diajukan di emel ini han_nafi1992@yahoo.com .
iluvislam
Portal BALADI

Followers

"Padi dan Lalang"

Di dalam sebuah pendalaman, tinggal dua beradik bersama seorang duda. Ibu mereka telah meninggalkan dua orang anak lelaki kepada duda ini. Anak pertama bernama Ali dan mendapat pendidikan yang tinggi kerana kelulusan SPM yang melayakkannya. Manakala, anak kedua bernama Ahmad dan hanya belajar di sekolah pondok. Ayah kepada kedua adik-beradik ini memberi kasih sayang yang lebih kepada anak sulung kerana kelulusannya dalam bidang pendidikan.

Ayahnya merasakan bahawa anak keduanya itu tidak memberi apa-apa faedah untuk dirinya. Maklumlah zaman sekarang mana ada menerima pekerja yang tiada kelulusan. Jadi anak pertamnya itu sering tiada di rumah kerana sibuk dengan belajar dan bekerja untuk membantu ayahnya.

Sampailah suatu masa ayah kepada kedua beradik itu memanggil anaknya untuk bertanya tentang satu soalan.

Ayahnya berkata,
“Mengapakah itik mengeluarkan bunyi yang sangat bising?”.

Anaknya menjawab,
“Oh, jawapannya mudah saja. Berdasarkan kajian sains, itik mengeluarkan bunyi yang bising kerana lehernya yang panjang dan.........(bla....bla...)”.

Itulah jawapan Ali yang sangat melebar panjang.

Tetapi berlainan pula dengan Ahmad.

Ayahnya mula tersenyum sinis dengan menyangkakan bahawa anak keduanya pasti tidak akan dapat menjawab soalan. Tetapi Ahmad menjawab dengan begitu yakin sekali dengan hanya tiga patah perkataan.

Jawabnya,
“Semuanya kerana Allah”.

Terbahak-bahak Ali mendengar jawapan adiknya itu. Baginya jawapan itu tidak masuk akal. Ahmad tidak terkejut dengan kata-kata abangnya kerana dia sangat yakin dengan jawapan yang dipilih.

Dengan begitu yakin lagi dia berkata,
“Semuanya kerana Allah. Kalau tidak kerana Allah bagaimana katak mengeluarkan bunyi yang kuat sedangkan lehernya pendek dan tidak sama seperti itik. Dan bagaiman pula dengan zirafah yang mempunyai leher panjang tetapi adakah dia mempunyai suara yang lantang?”

Abang dan ayahnya terkedu kerana mendapat tamparan yang hebat. Semua jawapan itu tidak pernah terlintas sedikit pun dalam minda mereka.

Ahmad menyambung lagi,
“Segala yang ada di dunia ini semuanya kehendak Allah, semuanya kerana Allah. Firman Allah ‘kun fayakun’ maka jadilah ianya dengan kehendak Allah. Jadi janganlah kita perlekehkan soal yang kecil sekali pun. Kerana setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Allah juga menciptakan kita bukan dengan sengaja tetapi ada sebabnya iaitu

‘Dan Allah tidak menciptakan jin dan manusia itu selain untuk beribadah kepada Allah’ (Az-zariyat).

Dan banyak lagi firman Allah jika kita mengkajinya”
.


Jadi sama-samalah kita ambil pengajaran dari cerita ini. Segala yang salah bolehlah dibetulkan. Wallahua’lam.

dan saya rasa anda mesti tak faham apa kaitan tajuk padi dan lalang dengan cerita ni... saya ambil dari kata2 "wasiat ayahanda"

so tak guna kalau nak dibanggakan dengan dunia ini....renung2 kanla dan selamat beramal:)

(al-fatihah)

No comments:

Post a Comment

Mafhum

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya: “Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan” (Riwayat Bukhari)

__________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Aku belum pernahmelihat sesuatu permandangan yang lebih mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur“ (Riwayat Tarmizi)

__________________

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah, maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya“ (Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba sebelum nyawanya sampai di kerongkong” (Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” (Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

_______________________

Dari Abdullah bin Amru Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah“ (Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya”(Riwayat Bukhari)

____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa” (Petikan kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang semakin bertambahilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan“ (Petikan kitab Imam Ghazali)

_____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Yang paling beratmenerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

____________________________

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya: “Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan” (Riwayat Bukhari)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Orang yangmemulakan memberi salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takabbur“ (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi dia tidak terburu-buru dengan mengatakan “Aku telah berdoa tetapi belum juga dimakbulkan”

(Riwayat Arba’ah)