Iklan

assalamualaikum... buat para tetamu ya... mungkin ada ada yg ingin mengiklankan blog masing2 atau ad yang ingin saya bantu akan busnessnya... jadi saya sediakan ruangan ini untuk kalian bisa memanfaatkannya.. jadi untuk sebarang pengiklanan boleh diajukan di emel ini han_nafi1992@yahoo.com .
iluvislam
Portal BALADI

Followers

10 FebRuaRi 2010

Seorang hamba Allah telah bercadang untuk ke kuala lumpur yang asalnya tiada hala tuju. Selepas kelas inggeris dia bergegas terus ke stesen kereta api. Sampai sahaja di stesen ktm dia tertanya "mana aku nak pergi ek? kalau pergi kl ade ape? dah la nak jalan sesorang. bosan gler" lepas datang satu idea "aaa call atif la maybe dia free boleh ajak keluar." Kemudian dia terus call sahabatnya "assalamualaikum, atif, kau kat mane?" Atif pun menjawab "Waalaikumusalam, aku kat rumah nak keluar, jumpa ngan baem" Lalu hamba Allah ni bertanya "Kat mana?" Atif membalas "kat jusco wangsa maju." Hamba Allah ni pun dapat idea untuk 'join' mereka. Dia pun terus melanjutkan lagi soalan agar dapat maklumat tentang kedudukan jusco tu dengan jelas.

Lalu 'si hamba' ini membeli tiket ke kl sentral dan terus menaiki komuter. Selepas beberapa minit menunggu akhirnya ktm tersebut terus bergerak dan berhenti satu tempat ke satu tempat. Agak 2 jam la duduk dalam train tu akhirnya sampai juga ke destinasi. kemudian 'si hamba' terus ke kaunter tiket untuk menuju ke wangsa maju.
Sampai sudah di jusco hamba Allah itu mencari kedudukan rakannya. Akhirnya bertemu juga dia dengan atif dan baem yg sedang berurusan dengan promoter 'dominos pizza.' Promoter itu juga offer 'si hamba' untuk 'join' promosi tersebut tetapi dia menolaknya. Setelah siap urusan mereka pun beredar ke foodcourt memberi peluang 'si hamba' mengisi perut. Di situ macam-macam perbualan dihamparkan.

antaranya..

"Atif,kau nak tahu apa masalah aku?" "apa dia?" "aku sebenarnya dapat tawaran STAM tapi.... aku taknak" "em, so?" "aku kena paksa" "ooo tu sebab kau datang sini? " "a'ah nak tenangkan fikiran. kalau boleh aku tak nak balik hari ni." "Kira lari rumah la ni. Haha. Kesian kau, patutnya aku dengan baem yang kena amik STAM tengok2 kau yang dapat." "tak da la sampai lari rumah. tapi tu la pasal. frust gler"

setelah 2 jam berborak kami pun terus ke musolla untuk menunaikan solat asar. Masing2 meminta izin untuk 'melepaskan diri'. sewaktu sedang 'si hamba' dan atif berjalan untuk mengambil transport masing2 , 'si hamba' meminta untuk menginap di rumah nya. Namun malangnya permintaan itu ditolak kerana mak cik nya ada di rumah. 'si hamba' mencari ilham ke mana hala tuju dia selepas itu. si hamba membeli tiket turun ke dang wangi dan mengambil monorail ke imbi. 'si hamba' pun mebawa dirinya sorang2 pusing2 dalam timesquare.

Selepas beberapa jam berjalan tanpa berhenti 'si hamba' pun melangkahkan kaki nya keluar dari timessquare untuk menuju ke kl sentral. Dia menunaikan solat maghrib dahulu sebelum naik kedalam ktm. Dalam perjalan pulang dia ragu2 samaada balik rumah atau merempat je kat mana2. kemudian dia decide untuk balik sahaja rumah. Namun sungguh kesian kerana dia terpaksa menahan kesejukan selama dia berada di dalam keretapi tersebut. Sampai nya di seremban dia menolak untuk menaiki teksi pulang ke rumah kerana dia merasakan begitu awal.
Dia memilih untuk berjalan kaki walaupun dia tahu rumahnya jauh dengan stesen tersebut.

Dia pun memulakan perjalanan. Dengan berani nya dia memulakan langkah dengan azam "apa nak jadi jadi la". Ketika sampai di masjid negeri dia melihat dan berfikir untuk tidur sahaja di situ malam itu. tapi bila fikir dua kali tak jadi la kerana 'tak nak' benda diingini muncul. Maklum la nama pun rumah Allah. Nanti macam2 yang dinampaknya sedang beribadah.

Dia meneruskan perjalanan, Sampai di 'lake garden'. Macam2 bunyi didengari. Ada suara laki dan perempuan berdekah dekah. Ada yang bukak lagu dan macam2. Sekali dua menoleh. MasyaAllah maksiat. Ini la kaum melayu zaman sekarang. Tapi 'si hamba' hanya bersangka baik kerana mungkin pasangan itu telah berkahwin. Kalau ada yang belum tu harap2 kena serbu la.

'Si Hamba pun meneruskan perjalanan. Pada mulanya dia tidak merasa takut tapi lepas sahaja istana seremban dia teringat ada kubur di depan. Dia pun terpaksa berhenti di petronas. Dia membeli jajan untuk menghilangkan rasa 'cuak' dalam hati. Kemudian dia meneruskan perjalanan. Dia merasa hairan kenapa sesetengah kereta hon apabila melalui jalan itu. hatinya berkata "mungkin sebab aku kot. jalan sorang2 tengah malam. Nasib tak pakai jubah. Mahu jam satu seremban.". 'Si Hamba' buat selamber je la sambil menjamu 'super ring' yang dia beli sehingga tidak sedar yang dia sudah melepasi kubur tersebut. Dia lupa nak memberi salam ketika melalui kawasan tersebut. Padahal .....

Sampai sahaja di kem askar dia bertambah cuak kerana jalan disitu amat gelap. Dia mengharapkan ada kereta yang lalu lalang agar dapat menerangi jalan itu. Tapi dia terpaksa bertahan kerana bukan setiap masa kereta ada. Tiba-tiba dia melihat bas. Dia agak pelik dan tak terfikir ada bas melalui jalan itu malam2 begitu. 'Si Hamba' agak menyesal kerana ingin menjimat duit dia sanggup jalan kaki. Dia melihat satu teksi di simpang. Dia ingin menaikinya namun apakan daya dia terlambat beberapa saat dan teksi itu terus melintas jalan. Dia sudah tidak tahan dengan suasana malam yang tiada cahaya itu. Namu dia terpaksa bersabar kerana tiada teksi yang ingin berhenti disitu.

Apabila sampai di sekolah menengah Redza dia dikejutkan dengan seorang pengawal yg 'mengaum' lalu menyapa nya. "malam2 baru nak balik." Si hamba hanya mendiamkan diri dan teruskan perjalanan. Dia sungguh berharap agar cepat sampai di kawasan rumah kedai dan maktab perguruan raja melewar. Alhamdulillah sampai sahaja disitu dia merasa lega. Akhirnya perjalanan nya dipelihara Allah. Dia meneruskan perjalanannya masuk ke taman perumahan. tapi apa yang dia khuatiri binatang2 peliharaan akan menyalak. Tapi dengan penuh keazaman dia meneruskan perjalanan. Akhirnya dia sungguh gembira kelibat rumahnya kelihatan.

Dia mengetuk pintu dengan sangkaan emaknya sudah terlelap. "Assalamualaikum." di ulangnya beberapa kali. Selepas beberapa minit mamanya membukakan pintu. Rupanya mamanya belum tidur. Dia menyalam mamanya dan terus menuju ke bilik. Mamanya menyapa. "Anak, takkan salam sahaja mama. Tak nak minta maaf.? " si Anak terus memeluk mamanya dan mengucapkan, "mama saya mintak maaf. Ampunkan dosa2 saya." Si anak mengucapkannya dengan hati yang ingin mengeluarkan air mata. Tapi anak nya malu untuk menjatuhkan air mata di depan ibunya. Subhanallah. Tapi anaknya bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk dia memohon maaf kepada ibunya dan memberi insan yang memahami anaknya. (Aku nak nangis lah cerita babak ni). Tapi ini lah luahan si anak "setiap malam aku menangis memohon keampunan Allah." si Anak sentiasa mengadu "ya Allah ampunlah dosa ku dan ampunkan dosa kedua ibu bapaku dan peliharalah mereka lebih dari apa yang mereka berikan kepadaku. Dan peliharalah adik beradik ku." "Ya Allah, aku malu untuk memohon maaf di depan mereka ya Allah. Aku harap engkau datangkan ke dalam mimpi2 mereka agar didatangi aku, memohon maaf walaupun sehingga melutut di kakinya. Ya Allah ampuni aku dan terimalah permintaan aku".

'Si Hamba' mencapai henfon my iman nya dan membuka msg yang diterima. " salam 'kawan' jawablah telefon 2. jangan buat kiteorang risau plz." 'si hamba' terharu. rupanya ada yang mengambil berat tentangnya. Sedangkan apa yang diharapkan adalah dari ibunya. Ibunya hanya berkata "mama dah agak 'anak' mesti balik. tu sebab mama tak kesah kalau 'anak' tak balik.firasat ibu nak. mama tahu 'anak' mencari ketenangan. tu sebab mama biarkan." Hatinya terasa hiba kerana maknya langsung tidak risau pada dia hari itu.

'Si Hamba' membuka lap top berjenama acer dan terus online. Ramai rakan2 nya tahu tentang hal itu. errrrrrrr. malunya. tapi dia berasa salah benar dengan ibunya dan akhirnya men'decide' untuk menduduki STAM. setakat ni 'si Hamba' masih tidak boleh melupakan peristiwa ini. Satu pengalaman yang tidak diduga dan tidak pernah dibuat. huhu~


No comments:

Post a Comment

Mafhum

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya: “Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan” (Riwayat Bukhari)

__________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Aku belum pernahmelihat sesuatu permandangan yang lebih mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur“ (Riwayat Tarmizi)

__________________

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah, maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya“ (Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba sebelum nyawanya sampai di kerongkong” (Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” (Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

_______________________

Dari Abdullah bin Amru Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah“ (Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya”(Riwayat Bukhari)

____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa” (Petikan kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang semakin bertambahilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan“ (Petikan kitab Imam Ghazali)

_____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Yang paling beratmenerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

____________________________

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya: “Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan” (Riwayat Bukhari)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Orang yangmemulakan memberi salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takabbur“ (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi dia tidak terburu-buru dengan mengatakan “Aku telah berdoa tetapi belum juga dimakbulkan”

(Riwayat Arba’ah)