Iklan

assalamualaikum... buat para tetamu ya... mungkin ada ada yg ingin mengiklankan blog masing2 atau ad yang ingin saya bantu akan busnessnya... jadi saya sediakan ruangan ini untuk kalian bisa memanfaatkannya.. jadi untuk sebarang pengiklanan boleh diajukan di emel ini han_nafi1992@yahoo.com .
iluvislam
Portal BALADI

Followers

~ IKHLAS ~

Apakah yang dimaksudkan dgn keiklasan??? IKHLAS ialah : " melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

Dan apa pula lawan bagi ikhlas???
=> jawapan : RIAK (Memperlihatkan amal ibadah supaya mencapai keuntungan dunia, baik bersifat kemanfaatan atau menolak kemelaratan atau supaya dimuliakan dan di hormati)

Rasulullah s.a.w mengkhabarkan kisah 3 orang sahabat dari bani Israel bermusafir bersama. Dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba awan menjadi gelap seolah-olah hujan lebat akan menyimbah bumi. Kemudian mereka membuat keputusan untuk berteduh di dalam sebuah gua.

Tiba-tiba terdapat sebiji batu yang sangat besar tergelincir dan menutup pintu gua. Kini mereka tiada pilihan melainkan meminta inayah daripada Allah s.w.t.

Apa kata kita guna amalan kita yang ikhlas untuk membebaskan diri daripada malapetaka ini. Cadang salah seorang daripada mereka. Yang lain bersetuju.

Lelaki pertama berkata,” Ya Tuhanku, Engkau tahu bahawa aku cukup tertarik dengan sepupuku. Pada suatu hari, aku melihat dia sendirian. Oleh itu, aku ingin melakukan perbuatan keji terhadapnya. Sepupuku berkata , Wahai sepupuku, takutlah akan Allah dan janganlah cemari kesucianku. Mendengar sepupuku berkata demikian, aku membatalkan keinginan jahatku itu. Ya Tuhanku, andai itu amalan yang benar-benar ikhlas dan dilakukan semata-mata mengharap keredhaanMu, maka jauhilah kami dari kesusahan dan neraka jahanam. “

Kemudian mereka menyaksikan batu yang menutupi gua tersebut beralih sedikit dan ada sedikit cahaya yang memancar masuk ke dalam gua.

Lelaki kedua pula berkata, “ Oh Tuhanku, Engkau tahu bahawa aku mempunyai ayah dan ibu yang sudah tua, hinggakan badan mereka bongkok akibat usia yang lanjut. Aku selalu menziarahi mereka . Pada suatu malam, aku bawakan kepada mereka makanan. Sebaik memasuki bilik, aku dapati mereka sedang tidur nyenyak. Kerana tidak mahu mengganggu mereka, aku menghabiskan sepanjang malam berdiri dekat dengan mereka dan makanan tadi masih di tanganku. Ya Tuhanku, andai amalanku itu dilakukan semata-mata mengharap redhaMu, maka keluarkanlah kami dari sini dan selamatkanlah kami.”

Sekali lagi mereka menyaksikan pintu gua berkuak sedikit.

Manakala lelaki ketiga pula berkata, “ Wahai Yang Maha Mengetahui, Kamu tahu bahawa ada seorang lelaki pernah bekerja denganku dulu. Apabila tamat perkerjaannya aku membayar gajinya, namun dia tidak berpuas hati dengan bayaran gaji yang aku berikan lalu berlalu pergi meninggalkan wang gajinya. Aku mengambil wang gajinya dan membeli seekor kambing. Aku memelihara kambing itu sehingga beranak-pinak membentuk sekawan kambing. Selepas ketika, lelaki tersebut datang menuntut wang gajinya yang terdahulu dan menunjukkan kepada sekawan kambing miliknya. Dia mengambil kambing-kambing tersebut dan berlalu pergi. Ya Tuhanku, andai itu amalan yang ikhlas di sisiMu, keluarkanlah kami dari kebingungan ini. “

Kemudian batu tersebut beralih sepenuhnya, dan mereka berjaya keluar dengan gembira.


apa yang ana/saya/aku nak sampaikan ialah ikhlas kan la diri dalam melakukan perkara2 yang baek.. jauhilah kemungkaran... buatlah sesuatu perkare mengharapkan keredhoan Allah dan jauhi sifat riak kerana ia adalah syirik kecil. hadis nabi secare mafhum "tidak akan masuk syurga bagi siapa yang didalam hatinya ada rasa RIAK.

renung2kan n selamat beramal..


No comments:

Post a Comment

Mafhum

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya: “Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan” (Riwayat Bukhari)

__________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Aku belum pernahmelihat sesuatu permandangan yang lebih mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur“ (Riwayat Tarmizi)

__________________

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah, maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya“ (Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba sebelum nyawanya sampai di kerongkong” (Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

___________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” (Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

_______________________

Dari Abdullah bin Amru Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah“ (Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya”(Riwayat Bukhari)

____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa” (Petikan kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang semakin bertambahilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

_________________________

Rasulullah s.a.w. bersabdamaksudnya: “Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan“ (Petikan kitab Imam Ghazali)

_____________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Yang paling beratmenerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat“ (Petikan Kitab Imam Ghazali)

____________________________

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya: “Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan” (Riwayat Bukhari)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Orang yangmemulakan memberi salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takabbur“ (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

___________________________

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi dia tidak terburu-buru dengan mengatakan “Aku telah berdoa tetapi belum juga dimakbulkan”

(Riwayat Arba’ah)